Friday, December 6, 2013

Penghulu Hari Jumaat Yang Indah - Penjara Kasihku meniti hari pembaca Ilham

Salam sayang buat semua...
Pada hari jumaat yang mulia ini, jumlah pembaca sudahpun meningkat kepada 19417. Peningkatan yang mendadak berbanding isnin yang lalu. Setiap haripun mesti ada sahaja kenalan baru yang mula ingin add saya sebagai rakan mereka.
Saya bukanlah sesiapa. Penjara Kasihku masih berada di pertengahan penceritaannya dan sedang memasuki fasa seterusnya kehidupan Azin Aliah Syakila. Azin Aliah Syakila yang terlalu muda berusia 16 tahun perlu menadapatkan zuriat bagi menyokong suaminya, Amir Mazlan untuk mewarisi harta. Teringat pula kisah arwahyarhammah mak saya saya berkahwin ketika berusia 16 tahun. Genap umurnya 20 tahun, sudah memiliki 3 orang anak kerana lahir setahun satu.
Mungkin ramai yang merasakan Penjara Kasihku ini juga merupakan kahwin paksa. Namun pada saya bukan kahwin paksa. Perkahwinan yang diaturkan oleh keluarga. Alasan yang diciptakan oleh keluarga untuk mendidik anak lelakinya lebih bertanggungjawab. Kejayaan seorang lelaki adalah bertitik mula daripada kejayaannya mendidik makmum dalam ahli keluarganya. Itulah yang saya cuba gambarkan.
Pada mulanya saya ingin meletakkan identiti Amir Mazlan seorang yang suka menghabiskan masa dengan kawan-kawan lelakinya. Setelah disunting semula, Amir Mazlan saya letakkan sebagai pemuda yang lebih bertanggungjawab dan mementingkan agamanya.Jarangkan zaman sekarang ada memiliki seorang isteri yang betul-betul taat kepada suami. Itulah yang saya inginkan gambarkan syurga itu adalah keredhaaan suami kepada seorang perempuan.
Mak saya selalu berpesan seorang perempuan dilahirkan bukan untuk keluarga sendiri tetapi untuk seorang lelaki asing bergelar suami.
Syurga dengan suami bukan susah dicari. Semuanya bergantung kepada diri wanita itu sendiri. Salam sayang untuk semua.

Monday, December 2, 2013

Penjara Kasihku Di Ilham - Bilangan Pembaca semakin Meningkat..

Salam pagi isnin... Memandangkan server kat ofis down hari ni, dapatlah meluangkan masa untuk mengupdate blog saya. Sudah lama tak terjah ke sini. Terkejut saya sudah 1000 lebih buka blog ni. Maklumlah saya bukan sesiapa yang perlu difollowkan...
Alhamdullillah..saya teruja melihat jumlah pembaca Penjara Kasihku di Ilham meningkat saban hari. Sudah mencecah 16657 bacaan. Setakat ini komen yang saya perolehi daripada para pembaca agak positif dan suka dengan perjalanan cerita ini. Terima kasih sangat-sangat kepada yang membaca. Saya tidak sempat untuk menambahkan bab-bab Penjara Kasihku di blog sebab masa agak mencemburui saya. Saya terus upload ke Ilham untuk tatapan anda semua. Moga akan menjimatkan sedikit masa dan softcopy dalam pendrive saya.
Setiap hari jika ada masa terluang tentunya saya akan menulis Penjara Kasihku yang sudah tiba di pertengahan cerita. Saya cuba menyiapkan secepat mungkin dan menghantarnya kepada publisher. Saya masih meniti jika Ilham memanggil saya untuk menghantar manuskrip. Saya cuba test market novel ini di Ilham. Bagi mengetahui penulisan saya akan terima ataupun tidak oleh pembaca.
Agak sukarnya sebenarnya untuk menggambarkan watak Azin Aliah Syakila dan Amir Mazlan. Mungkin ada yang tertanya-tanya apakah ciri-ciri dalam novel ini adalah rekaan ataupun kisah benar yang pernah melanda diri saya. Tidak banyak sedikit mungkin itu pengalaman hidup saya dahulu dengan seseorang tetapi mungkin situasinya tidak sama dengan novel. Tentu sukar hidup dalam kongkongan kan? Namun jika ada kasih sayang yang melimpah ruah, penjara pun dirasakan indah bak istana kayangan..hahahaha. Apa yang saya merepek ni.
Maaflah jika lewat mengupload next entri di Ilham. Insya Allah saya sedang memperbaiki susunan kata-kata dalam bab 29. Maklumlah bila ada idea yang terus coretannnya tanpa menggunakan Bahasa Melayu yang standard. Dapat pula dengan keletihan berbadan dua anak ke 4 ini agak mencabar walaupun tanpa alahan seperti mengandung 3 anakanda yang lain. Badan mudah letih dan lesu. Hobi baru tidur. Lalalala. Okay cukup sekadar ini dahulu. Wassalam.