Salam sayang buat semua...
Pada hari jumaat yang mulia ini, jumlah pembaca sudahpun meningkat kepada 19417. Peningkatan yang mendadak berbanding isnin yang lalu. Setiap haripun mesti ada sahaja kenalan baru yang mula ingin add saya sebagai rakan mereka.
Saya bukanlah sesiapa. Penjara Kasihku masih berada di pertengahan penceritaannya dan sedang memasuki fasa seterusnya kehidupan Azin Aliah Syakila. Azin Aliah Syakila yang terlalu muda berusia 16 tahun perlu menadapatkan zuriat bagi menyokong suaminya, Amir Mazlan untuk mewarisi harta. Teringat pula kisah arwahyarhammah mak saya saya berkahwin ketika berusia 16 tahun. Genap umurnya 20 tahun, sudah memiliki 3 orang anak kerana lahir setahun satu.
Mungkin ramai yang merasakan Penjara Kasihku ini juga merupakan kahwin paksa. Namun pada saya bukan kahwin paksa. Perkahwinan yang diaturkan oleh keluarga. Alasan yang diciptakan oleh keluarga untuk mendidik anak lelakinya lebih bertanggungjawab. Kejayaan seorang lelaki adalah bertitik mula daripada kejayaannya mendidik makmum dalam ahli keluarganya. Itulah yang saya cuba gambarkan.
Pada mulanya saya ingin meletakkan identiti Amir Mazlan seorang yang suka menghabiskan masa dengan kawan-kawan lelakinya. Setelah disunting semula, Amir Mazlan saya letakkan sebagai pemuda yang lebih bertanggungjawab dan mementingkan agamanya.Jarangkan zaman sekarang ada memiliki seorang isteri yang betul-betul taat kepada suami. Itulah yang saya inginkan gambarkan syurga itu adalah keredhaaan suami kepada seorang perempuan.
Mak saya selalu berpesan seorang perempuan dilahirkan bukan untuk keluarga sendiri tetapi untuk seorang lelaki asing bergelar suami.
Syurga dengan suami bukan susah dicari. Semuanya bergantung kepada diri wanita itu sendiri. Salam sayang untuk semua.
No comments:
Post a Comment