Wednesday, August 28, 2013

Pengawal Peribadi Segera!!!! Bab 2

Bab 2
Deruman kereta Mitsubishi Lancer milik Syafiq Aiman, membelah kesunyian tengah malam. Terpancar senyuman di wajah Syafiq apabila kawan baiknya sudi mempertimbangkan peminangan sebentar tadi. Hatinya ingin menggeletek ketawa besar, apabila melihat reaksi terkejut besar Fauzan Raykal.
“Aku tidak mengharapkan orang lain untuk menjaga adik perempuan aku yang seorang itu. Kau sendiri pun tahu aku sukar percayakan orang lain. Dapat pula untuk dijodohkan dengan Qila. Budak tu sudahlah keras hati dan ego. Cuma lelaki sejati macam kau sahaja dapat meluntur buluh si Qila itu tau” seingatnya kata-kata yang digunakan untuk memujuk Raykal.
“Qila tukan teguh pendirian macam Alongnya juga. Aku hairan setuju dia pula untuk berkahwin dengan aku, Fiq” Fauzan berasa amat pelik dan musykil. Memang dia sering memerhatikan tingkah laku Qila daripada jauh. Ada sesuatu tarikan pada gadis comel itu.
Syamira Aqila terpaksa menguruskan syarikat milik keluarga mereka sendirian setelah Syafiq Aiman tetap berkeras untuk meneruskan dengan kerjayanya sebagai kapten. Namun Syafiq sudahpun bertunang dengan Nurul Aisyah, seorang pramugari bekerja di salah sebuah syarikat penerbangan tambang murah terkenal di negara ini. Oleh kerana, mereka berdua sering dilanda kesibukan. Seorang ke selatan, seorang ke utara. Sekejap seorang ke timur dan sekejap lagi ke barat, maka perkahwinan mereka masih tertangguh walaupun sudah hampir dua tahun bertunang. Namun mereka tetap bahagia bersama walaupun jarang bertentang mata. Bak kata orang sekarang, internet adalah segalanya. Yang jauh pun akan menjadi di hadapan mata dengan adanya video call, whatapps, Skype, Twitter dan macam-macamlah.
Syafiq sudah pun meloloskan diri ke dalam rumah milik keluarganya. Terpandang pintu kaca menuju ke kolam renang masih terbuka luas. Dia melangkah ke situ dan akhirnya mendapati Syamira Aqila sedang asyik duduk di tepi kolam renang sambil kedua kakinya terjuntai berendam. Dikuis-kuisnya air tersebut dengan kakinya.
“Assalamualaikum, Qila. Sudah pukul 2 pagi ni, kenapa tidak tidur lagi?” Qila sedikit tersentak mendengar suara abang sulungnya menyapa. Seketika tadi dia sebenarnya sedang menangis tetapi tidak sempat menyembunyikan airmatanya. Malu pula rasanya jika Syafiq mengetahui hatinya sedang gundah gulana memikirkan dipaksa untuk berkahwin dengan Fauzan Raykal.
“Waalaikummussalam” Tangan Alongnya dikucup lembut dan seperti biasa Along tentu akan mengucup ubun-ubun adiknya.
“Qila, menangis?” Terjah Syafiq.
Sekadar mengangguk. Wajahnya masih disembunyikan daripada pandangan jelas Syafiq.
“Boleh tak kalau Along jangan paksa Qila berkahwin?” Tanya Qila secara perlahan. Takut jika emosi Syafiq terganggu lain pula drama yang bakal terjadi. Syafiq seorang yang baran dan diktator dalam keluarganya. Malah Qila mengakui dia lebih gerund berhadapan dengan Syafiq berbanding ibubapanya sendiri.
“Keputusan Along muktamad. Tidak ada talian hayat. Along baru sahaja pulang bertemu dengan Fauzan, Dia bersetuju untuk memperisterikan Qila. Esok selepas maghrib, keluarganya akan masuk merisik dan meminang. Along sudahpun memberitahu Ayah Tahir dan Ibu Tijah serta Ayah Usu Man untuk menjadi wakil keluarga kita. Ayah Usu Man pun akan terbang ke sini dari Sabah esok pagi semata-mata kerana Qila” Oh tidak, semua saudara mara sebelah papa akan hadir. Sebelah mama tiada kerana mama anak tunggal.
“Along cepatnya, kenapa tidak tanya Qila dulu.” Makin kuat esakan tangisan Qila.
“Perlu ke?” Dibulatkan matanya kepada Qila seperti yang biasa Syafiq lakukan. Syafiq tahu Qila memang takut bila dia bermimik muka begitu.
“Perlulah sangat wahai Alongku Syafiq Aiman, sayang. Ini hal masa depan Qila. Qila yang hendak hidup bersama dengan Fauzan. Macam mana…” Jari telunjuk Syafiq sudahpun melekap ke bibir Qila. Tanda untuk membantutkan kata-kata bakal terucap daripada mulut Syamira Aqila.
“Bukan Fauzan, Qila kena belajar panggil abang Fauzan selepas ini. Along dan Fauzan sudah lama berkawan semenjak kecil lagi. Mungkin Qila sahaja yang tidak sedar sebab kebanyakan masa Qila dihabiskan belajar di luar negara. Jangan sesekali memandang Fauzan sebelah mata. Memang Qila nampak dia seperti orang-orang biasa sahaja tetapi dia ada banyak kelebihan untuk memimpin adik Along yang tegas, ego, keras hati dan bijak ni.” Qila hanya memandang wajah Along dengan muka sepi dan kosong.
“Bagaimana pula dengan karektor abang Fauzan?” Qila cuba mengorek rahsia. Mungkin ada yang membantu untuk meyakinkan hati kecilnya.
“Maaf Along tidak boleh bongkar apa-apa mengenai Fauzan pada Qila. Qila mesti berusaha sendiri untuk mengenali Fauzan nanti. Fauzan akan bekerja dengan Qila sebagai pengawal peribadi sepenuh masa selepas berkahwin nanti. Bagi tujuan keselamatan, majlis pernikahan kita akan jalankan secara tertutup di salah hotel terkemuka yang hanya akan diumumkan di saat-saat akhir kelak. Perkahwinan Qila juga akan dirahsiakan daripada pihak umum termasuk media.” Terang Syafiq dengan panjang lebar. Banyak rupanya telah dirancang oleh anak sulungnya itu.
“Cuma hint yang Along beritahu adalah sikap Fauzan sama seperti Along juga. Dia seorang yang berwajah serius dan sukar menghadiahkan senyuman kecuali dengan orang yang rapat dengannya sahaja. Seorang yang sangat tegas dengan pendirian dan jangan sesekali khianat kepercayaan yang telah dia berikan. Paling penting dia seorang yang penyayang, melindungi dan bertanggungjawab dengan apa yang dimiliki. Esok Qila bercakaplah dengan dia sendiri. Mungkin Qila akan dapat idea bagaimana identity Fauzan serba sedikit” Along bertindak bagaikan seorang pegawai pemasaran yang mempromosikan produk bernama Fauzan di mata Syamira Aqila.
“Jom tidur. Sudah lewat, esok Qila hendak menyambut bakal suamikan. Fauzan ada minta Qila masakkan dia sup bebola ketam dan masak lemak cili padi ayam kampung. Along ada cakap Qila pandai masak. Itu yang dia request tu. Nanti awal pagi kita ke pasar bersama-sama.” Amboi, belum jadi isteri sudah pandai mengarah itu ini. Melampau ini. Tidak dapat membalas dendam kepada Along, Qila merencanakan agar Fauzan pula yang bakal menjadi mangsanya nanti. Haish..betul ke aku hendak buat kerja gila ini.
*******
Seawal 6.30 pagi selesai bersolat Subuh lagi, Qila telah dikerahkan Syafiq untuk mengikutinya ke pasar berdekatan. Pantas sahaja mereka memilih lauk pauk yang bakal disajikan sempena menyambut rombongan keluarga Fauzan selepas maghrib nanti.
Setibanya di rumah, Syamira Aqila tidak membenarkan sesiapa pun membantunya di dapur. Dia sengaja merancang untuk mengenakan Fauzan. Setiap masakan disediakan dua versi, satu versi keluarga dan satu lagi versi Fauzan. Versi Fauzan agak istimewa. Masak lemak cili padi ayam kampung sengaja diletakkan lebih cili padi berbanding versi keluarga. Sup bebola ketam sengaja dimasak tawar untuk versi Fauzan. Kopi Arabica sengaja dibancuh pekat untuk versi Fauzan. Kek coklat versi Fauzan sengaja diletakkan lebih serbuk kayu manis untuk menyerikan perisanya. Huh, puas apabila melihat versi makanan Fauzan siap bersama-sama versi keluarga.
Syamira Aqila meninggalkan dapur untuk bersiap-siap menyambut rombongan Fauzan sebentar tadi. Padan muka dengan abang Fauzan. Sibuk hendak kahwin sangat dengannya kan.

Tuesday, August 27, 2013

Pengawal Peribadi Segera!!!!Bab 1

Bab 1
“Bagaimana Qila hendak lalui semua ini, Ayah Tahir, Along” Wajah kedua-dua lelaki yang rapat dengan Syamira Aqila direnung dalam. Qila meraup wajah comelnya sambil cuba menahan air mata tetapi nyata usahanya gagal. Along atau Syafiq Aiman sudahpun beralih tempat dan merangkul kemas tubuh adik bongsunya dalam pelukan. Dia mengharapkan dapat menyalurkan tenaga dalamannya kepada Qila agar lebih tenang.
Syafiq Aiman sedar bukan mudah untuk menghadapi realiti ini. Dua minggu lepas, mereka dikejutkan dengan kemalangan ngeri yang membawa ibubapa mereka, Datuk Jamil dan Datin Jasmin bertemu dengan pencipta selama-lamanya. Kini, mereka digemparkan bahawa Syamira Aqila sering dihujani dengan pesanan ringkas berbaur ugutan dan seseorang sering mengekori di mana dia melangkah.
Syafiq amat risaukan keselamatan Qila. Maklumlah dia bukan ada selalu di tanahair untuk memantau keadaan sekeliling. Kerjayanya sebagai kapten kapal perlayaran mewah yang berpusat di negara jiran, Singapura, memaksa dia hanya akan bertemu adiknya setiap tiga bulan sekali.
“Apa pendapat Ayah Tahir? Saya rasa sebaiknya kita upahkan pengawal peribadi untuk Qila. Penting untuk memastikan keselamatan Qila sekarang ini.” Syafiq membuka mulut memberikan pendapat kepada satu-satunya bapa saudara mereka, Dato’ Tahir, seorang Subritendan di cawangan polis Bukit Aman.
“Bagus juga cadangan itu tetapi masalahnya bukan muhrim. Kalau terjadi apa-apa di luar kawasan rumah bolehlah ditinjau-tinjau. Namun jika dalam rumah bagaimana pula. Tidak akan hendak berdua-dua pula” Tegas Ayah Tahir kepada anak-anak buahnya itu.
Betul juga apa yang diutarakan oleh bapa saudaranya itu. Apa pula idea bakal hadir dalam kepala. Tolonglah, tolong. Buntunya kepala. Akhirnya Ayah Tahir bersuara dan seraya itu juga mereka yang lain menumpukan perhatian kepadanya.
“Ayah Tahir, ada senarai biodata pegawai penyiasat persendirian yang berdaftar. Mungkin di kalangan mereka ada yang sesuai untuk dijadikan bakal suami Qila.” Tangisan Qila tiba-tiba terhenti lantaran terkejut dengan keputusan drastik bapa saudaranya itu. Mana mungkin berkahwin semata-mata untuk menjaga keselamatan dirinya sahaja. Susahnya jadi anak kepada ahli perniagaan terkenal seperti arwah papa dam mama.
“Qila tidak setuju. Qila boleh jaga diri sendiri.” Qila membantah keras. “Syamira Aqila, Along bertanggungjawab ke atas diri kamu sekarang ini. Ingat Along juga adalah wali kamu. Keputusan Along muktamad. Kamu akan dikahwinkan dengan pilihan kami.” Syafiq sengaja membulat mata ke arah Qila. Dia tahu Qila memang takut membantah kata-katanya sejak kecil. Syafiq sudah menerapkan perasaan itu kepada Qila dari dahulu lagi supaya adiknya itu tidak memijak kepalanya kelak.
Qila mula berhentak kaki dan mempamerkan muncung panjang mulutnya. Dia hendak bersuara takut ditengking Along dihadapan ibu bapa saudaranya. Bukan boleh dibuat main abang seorangnya ini. Tanpa meminta persetujuan Qila, Syafiq sudah mempunyai perancangan tersendiri.
“Ayah Tahir, Along ada seorang kawan baik baharu sahaja berhenti bekerja sebagai pegawai perisikan pesawat. Umur dia pun sebaya dengan Along masih bujang." Syafiq sudahpun tersenyum lebar. Bagus juga jika kawan baik menjadi adik ipar. Ringan sedikit tanggungjawab yang dipikul jika telah diserahkan kepada seorang suami yang baik, soleh dan lengkap pakejnya.
*****
"Fauzan Raykal, apa khabar?" Syafiq bersalaman dan berpelukan dengan kawan karibnya yang hampir setahun tidak bersua muka. Sekadar berFB dan berwhatapps sahaja itu memang kebiasaan bagi mereka bertukar pendapat dan bertanya khabar untuk mereka sentiasa sibuk.
"Apa mimpi kau hendak bertemu dengan aku? Siap antara hidup dan mati lagi" Fauzan berseloroh dengan Syafiq.
"Hari itu kau cakap dengan aku yang kau belum ada calon isterikan?" Fauzan terasa pelik dengan soalan teman baiknya itu. Sekadar menganggukkan kepalanya.
"Bagus. Hari ini aku hendak meminang kau untuk adik perempuan aku, Syamira Aqila. Bagaimana kau setuju tak?" Terkesima Fauzan mendengar permintaan Syafiq yang tidak dijangka itu.
"Kau jangan main-main Syafiq. Tidak pernah dibuat orang perempuan pinang lelaki ini" Fauzan masih menahan gentar di dadanya. Terbayang wajah ayu milik Syamira Aqila. Tiba-tiba bayangan itu senyuman sipu ke arahnya.
"Ooi..berangan pula. Seriuslah. Sedangkan Saidina Khatijah pun meminang Rasullullah. Kenapa aku tidak? Kaulah calon yang paling sesuai di abad ini." Fauzan hanya mampu tersenyum. Huh.. Syafiq Aiman bakal abang iparnya, tidak pernah terjangkau di benaknya.

Friday, August 23, 2013

Kenangan zaman kanak-kanak

Usai masa dalam tidak sedar..bahawa diri ini sudahpun berusia suku abad...tidak sangka begitu pantas berlalu.. Masih segar di ingatan ketika zaman kanak-kanak bermain dengan basikal..main konda kondi..galah panjang,.guli, getah, dan macam-macam lagi. Cuma anak-anak zaman sekarang mana nak main cegitu lagi..silap ari bulan congkak dan batu seremban pun tak kenal. Yang mereka tau PSP, Game boy and game-game melalui gadjet pintar ibubapa mereka. Dunia sekarang kita jadi serba salah..terlalu terdedah membawa risiko penculikan anak-anak dan kalu terkurung di rumah pun macam dah tak campur orang. Mana taknya bukakan astro rancangan kartun...dah tak payah buat apa..berpicniclah mereka depan tepi.. Mencabarkan jadi mama papa zaman millenium ini..

Thursday, August 22, 2013

Selamat pagi...mata masih tidak dpt dilelapkan...sebentar td menonton nightline amat sadis menyaksikan kemalangan yg begitu tragik di genting. Takziah kepada keluarga yang terlibat. Tentu tidak dapat dibayangkan betapa peritnya kehilangan oeang yang tersayang. Kehilangan kerana berpisah hidup kekadang lebih menyakitkan kerana bisa menatap wajah orang itu kembali kerana perasaan benci bertaut. Berpisah mati peritnya terpaksa merindui orang yang kita sayang. Apapun itu lumrah alam..see u again later..tata...

Wednesday, August 21, 2013

Penjara Kasihku

Assalamualaikum w.b.t Sekejap sahaja menjelang pertengahan bulan Syawal. Tidak lama lagi akan muncul pula Aidiladha. Umat Islam akan mengerjakan haji salah satu tuntutan rukun Islam. Namun di hati ini kerisauan dan berasa insaf apabila mengenangkan saudara seagama sedang dicalar di Mesir. Ketika ini pun, musuh Islam sudahpun menguasai negara-negara di keliling Arab Saudi. Moga-moga Allah akan melindungi kesucian bumi Mekah dan Madinah, kerana ada cita-cita mereka untuk mencalar tanah suci itu... Insya Allah hari ini akan dikuatkan hati dan perasaan untuk meng'edit' semula novel "PENJARA KASIHKU" yang manuskripnya baru ku siapkan separuh jalan...Harap-harap berhasil karya sulungku kerana sudah lama sangat tidak menulis menggunakan bahasa ibunda..Dulu-dulu zaman persekolahan aktif juga dengan pertandingan Pantun Sirih Pulang ke Ganggang.. Semoga bertemu lagi jika dipanjang usia. Insyaallah.. Rina.

Sunday, August 18, 2013

Selamat pagi...Alhamdullilah masih bernafas untuk hari ini...Lebih menggembirakan a apabila sesi rawatan kecomelanku sudahpn bermula 2 hari lepas dan ini hari ke 2...Selain itu apabila terbuka hati seseorang untuk bersuara dan secara tidak langsung mengeratkan siratulrahim dan ukhwah kami...Insya Allah ...luv u...

Tuesday, August 13, 2013

Hari ke 6 beraya...

Assalamualaikum w.b.t. Sekejap sahaja sudah menjelang hari ke-6 Syawal. Masih tidak terlambat untuk ku ucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN.. Huhuhu..tak sabar hendak cuti pada 15 dan 16.08.2013 ni. Orang lain amik cuti sebelum raya..Saya amik cuti selepas seminggu raya..Semuanya kerana Mr. Hubby tak cuti time raya kelmarin.. Ingatkan hendak mulakan sesi menulis malam ini..Maklumlah sudah 3 minggu terperam tak buka lappy..Hopefully ada idea2 yang lebih menarik. Teruja baca novel orang lain..Teringin hendak ada novel sendiri..Insya Allah...See u soonest..TaTatA...

Monday, August 12, 2013

Raya ke5 mula bekerja

Assalamualaikum w.b.t...
Sepantas kilat Ramadan meninggalkan kita dan justeru itu Syawal pula semakin lancar menuju hari ke lima. Perjuangan di pejabat bermula walaipin erti aidilfitri padaku lambat bercambah.

Saya mengumpul sisa-sisa kekuatan dan mengharapkan diriku akan berjaya menjadi penulis novel suatu hari nanti.

oklah salam bertemu lagi