Friday, December 6, 2013

Penghulu Hari Jumaat Yang Indah - Penjara Kasihku meniti hari pembaca Ilham

Salam sayang buat semua...
Pada hari jumaat yang mulia ini, jumlah pembaca sudahpun meningkat kepada 19417. Peningkatan yang mendadak berbanding isnin yang lalu. Setiap haripun mesti ada sahaja kenalan baru yang mula ingin add saya sebagai rakan mereka.
Saya bukanlah sesiapa. Penjara Kasihku masih berada di pertengahan penceritaannya dan sedang memasuki fasa seterusnya kehidupan Azin Aliah Syakila. Azin Aliah Syakila yang terlalu muda berusia 16 tahun perlu menadapatkan zuriat bagi menyokong suaminya, Amir Mazlan untuk mewarisi harta. Teringat pula kisah arwahyarhammah mak saya saya berkahwin ketika berusia 16 tahun. Genap umurnya 20 tahun, sudah memiliki 3 orang anak kerana lahir setahun satu.
Mungkin ramai yang merasakan Penjara Kasihku ini juga merupakan kahwin paksa. Namun pada saya bukan kahwin paksa. Perkahwinan yang diaturkan oleh keluarga. Alasan yang diciptakan oleh keluarga untuk mendidik anak lelakinya lebih bertanggungjawab. Kejayaan seorang lelaki adalah bertitik mula daripada kejayaannya mendidik makmum dalam ahli keluarganya. Itulah yang saya cuba gambarkan.
Pada mulanya saya ingin meletakkan identiti Amir Mazlan seorang yang suka menghabiskan masa dengan kawan-kawan lelakinya. Setelah disunting semula, Amir Mazlan saya letakkan sebagai pemuda yang lebih bertanggungjawab dan mementingkan agamanya.Jarangkan zaman sekarang ada memiliki seorang isteri yang betul-betul taat kepada suami. Itulah yang saya inginkan gambarkan syurga itu adalah keredhaaan suami kepada seorang perempuan.
Mak saya selalu berpesan seorang perempuan dilahirkan bukan untuk keluarga sendiri tetapi untuk seorang lelaki asing bergelar suami.
Syurga dengan suami bukan susah dicari. Semuanya bergantung kepada diri wanita itu sendiri. Salam sayang untuk semua.

Monday, December 2, 2013

Penjara Kasihku Di Ilham - Bilangan Pembaca semakin Meningkat..

Salam pagi isnin... Memandangkan server kat ofis down hari ni, dapatlah meluangkan masa untuk mengupdate blog saya. Sudah lama tak terjah ke sini. Terkejut saya sudah 1000 lebih buka blog ni. Maklumlah saya bukan sesiapa yang perlu difollowkan...
Alhamdullillah..saya teruja melihat jumlah pembaca Penjara Kasihku di Ilham meningkat saban hari. Sudah mencecah 16657 bacaan. Setakat ini komen yang saya perolehi daripada para pembaca agak positif dan suka dengan perjalanan cerita ini. Terima kasih sangat-sangat kepada yang membaca. Saya tidak sempat untuk menambahkan bab-bab Penjara Kasihku di blog sebab masa agak mencemburui saya. Saya terus upload ke Ilham untuk tatapan anda semua. Moga akan menjimatkan sedikit masa dan softcopy dalam pendrive saya.
Setiap hari jika ada masa terluang tentunya saya akan menulis Penjara Kasihku yang sudah tiba di pertengahan cerita. Saya cuba menyiapkan secepat mungkin dan menghantarnya kepada publisher. Saya masih meniti jika Ilham memanggil saya untuk menghantar manuskrip. Saya cuba test market novel ini di Ilham. Bagi mengetahui penulisan saya akan terima ataupun tidak oleh pembaca.
Agak sukarnya sebenarnya untuk menggambarkan watak Azin Aliah Syakila dan Amir Mazlan. Mungkin ada yang tertanya-tanya apakah ciri-ciri dalam novel ini adalah rekaan ataupun kisah benar yang pernah melanda diri saya. Tidak banyak sedikit mungkin itu pengalaman hidup saya dahulu dengan seseorang tetapi mungkin situasinya tidak sama dengan novel. Tentu sukar hidup dalam kongkongan kan? Namun jika ada kasih sayang yang melimpah ruah, penjara pun dirasakan indah bak istana kayangan..hahahaha. Apa yang saya merepek ni.
Maaflah jika lewat mengupload next entri di Ilham. Insya Allah saya sedang memperbaiki susunan kata-kata dalam bab 29. Maklumlah bila ada idea yang terus coretannnya tanpa menggunakan Bahasa Melayu yang standard. Dapat pula dengan keletihan berbadan dua anak ke 4 ini agak mencabar walaupun tanpa alahan seperti mengandung 3 anakanda yang lain. Badan mudah letih dan lesu. Hobi baru tidur. Lalalala. Okay cukup sekadar ini dahulu. Wassalam.

Friday, October 25, 2013

Teaser 2: Penjara Kasihku

"Azin, maafkan abang bertanya." Azin hanya memandangkan wajah lelaki itu. "Kenapa Azin masih setia dengan dia walaupun jiwa Azin terseksa?" Lelaki itu benar-benar ingin tahu. Sepanjang mengawasi gerak geri Azin, tidak pernah sekalipun Azin cuba mengkhianati suaminya. Semuanya dilakukan mengikut piawaian Amir Mazlan.
"Kenapa tetiba tanya soalan pelik macam mana ni? Perlu ke Azin jawap?" Azin agak hairan perilaku lelaki itu. Pak Rashid sakit dan bercuti selama tiga bulan membuatkan Mizan bertindak sebagai pemandu peribadi dan pengawal peribadi Azin.
"Perlu sangat?" Mereka masih dalam perjalanan menuju ke kolej kerana Azin ada pembentangan kertas kerja untuk peperiksaan semester nanti.
"Mana abang tahu saya terseksa? Saya bahagia kerana saya cintakan suami saya sepenuh jiwa. Buruk dan baik dia, bukan urusan abang untuk jaga tepi kain saya. Tugas abang adalah tugas abang. Kalau saya buat salah sekalipun, abang kena amanah dengan kerja yang diberikan. Memang tugas abang untuk melaporkan aktiviti seharian di luar saya untuk pengetahuan diakan." Azin berasa agak hairan mengapa pertembungan dia dan Farid tempohari belum menjadi isu kepada Amir Mazlan.
"Abang, tidak mahu Azin kena marah dengan bos sebab hal remeh temeh tu." Lelaki itu menjawabnya ikhlas.
"Biarlah perkara remeh temeh itu dia tahu daripada dia syak saya buat benda yang tak elok belakang dia. Daripada hujung rambut sampai ke hujung kaki saya, semuanya milik dia. Tiada satupun hak saya. Kecuali nyawa ini hak Allah." Azin menafas dalam.
"Abang, tolonglah jangan jadikan saya isteri yang derhaka pada suaminya. Tolong jangan lafazkan apa yang tidak perlu saya dengar. Walaupun dia tegas dengan saya, itu hak dia. Malah menjentik sayapun tidak pernah. Layakkah saya menentang arahannya?" Azin mencari kekuatan.
Azin sedar bahawa Mizan mula jatuh hati kepadanya. Banyak perkara yang berlaku ditutup rapi daripada pengetahuan Amir Mazlan. Azin risau jika Amir curiga dan menuduhnya nusyuz' di belakangnya. Tiada apa yang mampu disorok daripada Amir Mazlan kerana terlalu banyak mata yang memandang dan mesti banyak mulut yang bakal menyampaikan kepada Amir Mazlan.
Amir Mazlan tahu apa yang berlaku dibelakangnya. Namun untuk membuka mulut bertanya, itu bukannya sikap dia. Dia percayakan orang kiri dan kanannya. Azin, gadis itu sudah dididik untuk tidak berbohong. Cuma hanya cepat atau lambat, hal itu dibincangkan dengan Amir Mazlan.
"Maafkan abang, Azin. Azin terlalu baik pada abang. Isteri dambaan seorang lelaki seperti abang. Abang malu dengan bos kerana mampu membentuk Azin menjadi wanita solehah. Sedangkan abang sendiri tidak mampu. Abang janji tidak akan bercakap soal perasaan lagi." Mizan menginsafi diri. Berdosa menyimpan perasaan kepada isteri orang.
"Antara abang hendak beritahu apa yang berlaku kebelakangan ini atau tidak, saya tetap akan berterus terang." Azin berkeras untuk menjaga mahligai perkahwinannya bersama Amir Mazlan.
Lelaki itu adalah khalifah dan imamnya dunia dan akhirat.
P/S: Harap terhibur dan sokonglah Penjara Kasihku.

Wednesday, October 23, 2013

PENJARA KASIHKU - BAB 7

PENJARA KASIHKU - BAB 6

"Kamu sudah makan Am? Lajunya kamu memandu dari sana?" Tegur Datin Masyitah setibanya Amir Mazlan di rumah.
"Makan malam belum lagi. Eh, mana ada laju, mama ni. Mereka semua kirim salam pada papa dan mama" Amir tersenyum.
Dia cuba meluruskan kaki dan tangannya dan melabuhkan punggung di atas sofa empuk. Letihnya memandu seharian.
"Bagaimana dengan keputusan kamu, Am? Setuju?" Dato' Mansor memulakan sesi penyiasatan CSInya.
"Am rasa, papapun tak berikan Am talian hayatkan." Amir cuba mengusik papanya. Tajam pandangan Dato' Mansor kepadanya.
"Alah, papa ni. Please janganlah serius sangat. Am sudah jumpa dengan Azin sendiri. Kami setuju untuk berkahwin cuma..." Amir Mazlan cuba berteka teki dengan ibubapanya.
"Cuma apa Amir? Jelaskan kepada kami" Datin Masyitah menuntut penjelasan.
"Papa dan mama maklumkan Azin masih terlalu muda. Am, mohon kerjasama dan pengertian daripada dua belah pihak keluarga, tolong jangan masuk campur dalam urusan rumahtangga dan cara Am mendidik Azin kelak. Am ada alasan tersendiri dan Am tahu apa yang Am buat" Amir memohon pengertian.
"Majlis nikah Am nanti bercadang untuk buat di sebelah pagi. Majlis menjamu tetamu akan diadakan pada sebelah tengahari sehingga pukul 4 petang. Pada sebelah malamnya pula, Am hendak membawa Azin terus pulang ke rumah Am sendiri." Amboi cepatnya. Dato' Mansor dan Datin Masyitah berpandangan sesama sendiri.
"Kita buat majlis tu di Villa Desa. Gabungkan terus majlis kedua belah keluarga. Jimat masa dan jimat tenaga. Selepas Am bawa Azin keluar daripada Villa Desa pada malam itu, Am tidak akan izinkan sesiapapun bertemu dengan Azin lagi melainkan dengan kebenaran Am." Ibubapa Am terkejut.
"Kenapa Am berniat untuk kurung Azin di rumah Am?" Datin Masyitah tidak faham apa muslihat anak tunggalnya itu.
"Macam Am beritahu tadi. Papa dan mama mahukan Am berkahwinkan, Am sudahpun setuju. Papa dan mama mahukan Am melengkapkan syarat-syarat wasiat untuk memiliki dan mewarisi empayar hotel kitakan, Am akan tunaikan dengan jayanya. Cuma pada fikiran Am, Azin hak mutlak Am. Am tidak mahu berkongsi dengan sesiapa mahupun ahli keluarga. Baik buruk atau sakit pening Azin biar dia jadi tanggungjawab penuh Am. Sekiranya amat perlu, Am sendiri akan minta tolong di antara dua belah keluarga. Please mama, papa. Faham Am?" Cerdik betul fikiran Amir Mazlan. Detik hati papanya.
"Apa kata Azin? Dia tahu?" Tanya Dato' Mansor lagi.
"Am sudah maklumkan pada dia. Pandai-pandailah dia hendak beritahu kepada ibu dan ayahnya. Azin sudah berjanji akan taat pada Am sebagai suami dia kelak selagi apa yang Am arahkan tidak berpaling daripada syariat agama kita. In Sha Allah." Amir begitu yakin Azin mudah dididik dan jatuh di genggamannya.
"Alhamdullillah. Baguslah begitu. Hujung minggu ini, kita adakan merisik dan bertunang sekaligus" Dato' Mansor teruja untuk menerima menantu.
**********
Majlis merisik dan bertunang berjalan dengan lancar dan sederhana. Pihak Azin yang minta tidak berlebih-lebihan. Azin Aliah Syakila sudahpun selamat menjadi tunangan Amir Mazlan Dato' Mansor. Azin masih merahsiakan daripada pengetahuan sahabat handainya tentang pertunangannya itu.
"Abang balik dahulu, Azin. Jangan lupa minggu depan kita ada kursus perkahwinan pada hari Rabu sepanjang hari. Abang sudah tempahkan Ustaz Badar dan Ustazah Bainun untuk memberikan kursus persendirian pada kita nanti." Amboi kursus berdua sahaja.
"Abang tidak gemar berkursus ramai-ramai. Semak kepala. Kursus persendirian biasanya lebih telus dan kita boleh kemukan soalan tanpa rasa malu orang luar tahu hal rumahtangga kita. Untuk makluman Az, mereka telah abang lantik sebagai penasihat agama untuk keluarga kita. Selepas berkahwin nanti, Az akan belajar ilmu agama dan belajar mengaji dengan Ustazah Bainun. Begitu juga abang akan belajar dengan Ustaz Badar". Setakat ini, hanya Amir sahaja yang berbicara. Azin masih mendengar setia.
"Baiklah, Az ikut sahaja mana yang terbaik. Nanti abang datang ambil Az?" Azin cuba berbahasa dengan Amir.
"Nanti abang maklumkan pada Az kemudian. Jika tidak sempat, abang akan minta Pak Rashid pemandu peribadi abang bawa Az ke sana. Mungkin Az kena bermalam di rumah kita nanti." Amir secara tiba-tiba tersenyum.Baru kali pertama Azin melihat senyuman ikhlas daripada Amir Mazlan. Wah..kacak juga bakal suaminya. Mana tidaknya, Amir asyik mempamerkan wajah persis singa lapar sahaja.
"Azin, yang kamu ini tersenyum simpul malu, kenapa? Baru tahu abang kacak dan tampan ye?" Amir cuba mengusik. Baru cuba-cuba untuk melawak dengan bakal isterinya. Amir pasti Azin tentu bertanggapan yang Amir bukanlah kategori yang mesra alam. Gelaknya tercetus sendirian di dalam hati.
"Eish...abang ini mengada-ngada pula. Ingatkan sudah lupa macam mana hendak tersenyum atau ketawa." Azin memberanikan diri.
"Em..itu sudah lebih. Az kena ingat batas-batas untuk bergurau dengan abang. Jangan main terjah sahaja" Eh...sekejap sahaja wajah Amir sudah bertukar menjadi serius. Alamak, berdiri seluruh bulu roma di lengan Azin Aliah Syakila. Mulutnya dikunci rapat dan hanya membalas dengan anggukan laju sahaja.
"Oklah, nanti kita jumpa lagi. Assalamualaikum" Amir Mazlan berlalu meninggalkan Azin untuk menyertai rombongan keluarganya. Selepas bersalaman, rombongan Dato' Mansor dan Datin Masyitah meninggalkan perkarangan laman keluarga Azin Aliah Syakila.
***********
Keesokan harinya Farah, kawan karib Azin datang bertandang ke rumahnya.
"Az, jomlah kita ke bandar. Aku hendak beli kelengkapan buka semester persekolahan nanti. Jomlah" Farah mengajaknya beriya-iya.
"Aku tidak bolehlah Farah. Aku tidak boleh ikut kau" Azin cuba mengelak. Baru semalam, Amir memberi amaran kepadanya jangan ke mana-mana tanpa pengetahuannya. Azin tidak pasti apakah yang bakal berlaku dia ingkar arahan itu.
"Eh. Semalam aku ada lalu di hadapan rumah kau. Aku lihat ramai orang, siap dengan barangan hantaran lagi. Siapa bertunang. Eh, jangan-jangan kau bertunang ke? Sampai hati kau tidak jemput aku, tidak maklumkan pada aku." Azin sekadar mengangguk lemah.
"Maafkan aku Farah. Semuanya berlaku sangat pantas. Aku tidak sempat beritahu sesiapa. Cuma lebih aku sudah hantar surat berhenti sekolah. Aku akan berkahwin awal tahun depan. Aku akan pindah ke Putrajaya ikut bakal suami aku." Farah berpelukan dengan Azin. Sedih tidak dapat digambarkan.
"Cepatnya Az. Abis persekolahan kau macam mana nanti?" Farah terasa ingin tahu.
"Aku tidak tahu Farah. Semuanya diaturkan oleh bakal suami aku. Selepas ini akupun tidak bertemu dengan sesiapa lagi termasuk ahli keluarga aku. Paling kurang lima tahun ataupun sehingga bakal suami aku benar-benar yakin dengan aku." Farah membulatkan matanya. Terkejut besar.
"Engkau akan terpenjara dalam rumah besar dia. Kau biar betul, Az. Boleh jadi gila kau nanti" Farah seperti tidak percaya apa yang bakal dilalui oleh teman rapatnya.
"Engkau tidak mahu ikut aku, kenapa ya? Ini mesti tunang kau dah beri amaran jangan keluarkan. Apa susah, kau minta izin sahajalah dengan dia. SMSlah tunang kau cepat." Farah cuba memujuk. Azin berasa serba salah. Ditelan mati emak, diluah mati bapa, bak kata orang tua-tua. Azin memberanikan diri untuk menghantar pesanan ringkas kepada Amir.
Assalam, Azin nak minta izin keluar beli barang di bandar dengan Farah kawan karib saya. Saya janji saya akan balik awal.
"Kita tunggu ye dalam setengah jam. Kalau dia jawab juga kita keluar sahajalah" Azin sendiri membuat keputusan. Alang-alang, mungkin ini kali terakhir Azin dan Farah dapat bersama. Berani buat berani tanggung. Assalam. Azin sudah tunggu jawapan abang hampir setengah jam. Farah sudah ada di sisi. Azin keluar dulu ye. Janji balik awal.
"Ibu, Azin keluar dengan Farah sekejap ke bandar. Cari barang sekolah Farah." Ibunya mengangguk.
"Kamu sudah maklumkan pada Amir?" Ibunya bertanya.
"Saya sudah hantar pesanan ringkas tetapi tidak berbalas. Mungkin dia ada mesyuarat kot. Boleh ye ibu, sekejap je." Azin memujuk ibunya. Tiba-tiba ayahnya bersuara.
"Pandai-pandai kamu berdua jaga diri. Azin, ingat kamu tu darah manis. Amir sudah beritahu ayah yang dia tidak diizinkan kamu merayau. Sekiranya Amir marah, pandai-pandailah kamu tanggung sendiri. Ayah tidak masuk campur." Padil memberikan amaran ikhlas kepada Azin. Bukan dia tidak tahu bakal menantunya ada sikap baran.
"Baiklah, ayah. Tahulah Az nanti" Azin cuba meyakinkan dirinya, sedangkan diapun tidak berapa pasti sama ada mampu menenangkan gunung berapi milik Amir Mazlan jika meletus. Tidak mengapa buat eksperimen dahulu sebelum berkahwin. Getus hatinya.
"Belum kahwin lagi, kau dikongkong. Kau rasa nanti kau boleh tak tahan ke Az?" Farah berbisik dengan Azin.
"Jika itu takdir dan suratan hidup aku. Aku redha Farah" Azin terasa sendu pula.
"Jika kau perlu bantuan aku, nanti kau beritahu tau. Apa guna ada kawan karib kalau tidak boleh menolong" Farah ikhlas. Azin mengangguk dan memaut erat bahu kawannya itu. "Jom nanti lewatlah".

PENJARA KASIHKU - BAB 5

Hampir seminggu Amir Mazlan dan ibubapanya pulang dari Villa Desa. Selama itu juga, Amir Mazlan berusaha untuk menjauhkan diri daripada ibubapanya. Dia masih belum ada lagi jawapan yang tepat terhadap isu perkahwinannya dengan Azin Aliah Syakila. Seminggu itu jugalah Amir Mazlan menginap di hotel milik mereka untuk menenangkan hati dan perasaan.
Satu tingkah Amir Mazlan yang perlu dipuji, walaupun pada zahirnya dia seorang yang keras hati, ego, mementingkan kesempurnaan dan gemar meningkah jika dirasakannya pendiriannya itu betul, Amir Mazlan tetap seorang yang merendahkan diri kepada Maha Pencipta. Setiap malam Amir akan melakukan solat sunat taubat, solat sunat tahajjud dan solat sunat istiharah untuk memohon keampunan dan petunjuk daripada Yang Maha Kuasa.
Memang benar seperti yang diwar-warkan oleh papanya bahawa Azin adalah pelengkap rusuk kirinya yang tepat. Saban malam Amir bermimpi seorang gadis ayu persis wajah Azin Aliah Syakila. Saban malam juga gadis ini hadir menghampirinya membawa senaskhah Al-Quran, mempersilakan Amir mengajarnya membaca bersama dan memintanya mengimamkan solat.
***********
Malam ini, Amir Mazlan sudah bersedia untuk berhadapan dengan ibubapanya. Dia mengambil keputusan untuk bercuti kecemasan dan berangkat segera ke Villa Desa pagi ini dan bertemu dengan Azin Aliah Syakila secara empat mata. Dia mahu mendengar penjelasan dan persetujuan daripada mulut gadis itu. Hal ini sudahpun dimaklumkan kepada Dato' Mansor dan Datin Masyitah. Ibubapanya mengizinkan serta telah memaklumkan pihak Azin bahawa Amir Mazlan akan berkunjung di sana.
Mentari mula terpacak tegak di atas kepala menandakan hari sudah menjelang tengahari. Amir Mazlan terus memandu menuju ke perkarangan laman rumah Azin Aliah Syakila. Bakal bapa mertuanya, Padil mengambil keputusan untuk pulang awal untuk menyambut kehadiran Amir setelah dimaklumkan oleh Dato' Mansor awal pagi tadi. Maryam pula sudah meminta Azin memasak lauk pauk untuk santapan Amir nanti.
"Assalamualaikum, pakcik. Maaflah jika kehadiran saya ini mengganggu pakcik sekeluarga." Azin cuba mengintai di sebalik jendela. Amboi sopan santun pula Amir Mazlan bin Dato' Mansor. Tertelan kapur barus agaknya.
"Waalaikummussalam. Jemputlah naik Amir. Maaflah rumah pakcik ini, rumah kampung sahaja. Tidak sama seperti di bandar" Padil merendah diri. Malu juga anak hartawan datang bertandang ke teratak buruk sedangkan lelaki itu bakal menantunya.
"Tak mengapa pakcik, inipun sudah beruntung ada juga tempat berlindung" Pandai sungguh Amir mengambil hati. Sebentar kemudian kelihatan Azin Aliah Syakila melangkah keluar bilik menuju ke dapur untuk membancuh minuman untuk Amir. Azin sekadar tersipu malu memandang Amir dan Amir pula menghantar Azin ke dapur dengan ekor matanya.
"Amir duduklah dulu ye. Makcik suruh Azin bancuhkan air untuk kamu. Nanti makcik siapkan makanan, boleh makan bersama. Amir makan tak makanan kampung." Maryam menyapa pula.
"Saya makan apa sahaja makcik, pakcik. Izinkan saya ambil angin dan berehat di pangkin bawah pokok mangga itu. Nampaknya angin tengah kuat. Nanti baharu saya ke atas." Padil menganggukkan kepalanya. Maryam pula menyuruh Azin membancuh minuman dan menghidangkan sedikit kuih muih untuk santapan Amir.
Sebentar kemudian Azin menatang sebuah dulang minuman dan mendekati Amir. Ketika dia ingin menghidangkannya untuk Amir, tiba-tiba Amir bersuara.
"Tunggu".
Azin terkesima seketika apabila mendengar suara garau itu dan memandang tepat ke dalam wajah Amir.
"Aku bagi kamu masa tiga minit daripada sekarang, ambil tudung tutup aurat kepala kamu. Jangan bagi aku tambah dosa pula tengok rambut kamu. Sekarang!" Tersentak Azin apabila disergah begitu. Matanya memerah menahan air mata. Berlarian anak Azin menuju ke dalam bilik ibunya.
Ibubapa Azin yang sedang bersantai di ruangan tamu agak terkejut melihat tindakan lipas kudung anak sulungnya itu. Segera sahaja, Maryam bangkit daripada duduknya yang sedanh melipat pakaian itu, menuju ke arah Azin.
"Along, kenapa kamu?" Tanya ibu ringkas.
"Sebelum bakal menantu ibu tu naik minyak, baik ibu tolong capaikan Along mana-mana tudung ekspres untuk Along pakai. Please ibu tolong, Along" Azin merayu kepada ibunya. Belum sempat ibunya menghulurkan tudung itu, Azin sudahpun segera menyambarnya lalu berlarian sambil memakainya. Azin mendapatkan Amir Mazlan segera.
"Huh ambil tudungpun lembap". Azin menahan rasanya. Sudahlah ini kali pertama bertemu secara dekat, Amir Mazlan sudahpun mempamerkan sikapnya yang sebenar.
"Aku datang jauh-jauh ni semata-mata aku hendak tahu apa keputusan daripada mulut kamu sendiri" Azin berdebar-debar. Tak pernah dibuat orang bakal pengantin yang dipaksa berkahwin bertekak sebelum majlis, tipikalnya kebiasaan bergaduh selepas berkahwin.
"Saya sudah beristiharah. In Sha Allah saya yakin dengan jodoh yang Allah sudah kurniakan" Azin menjawab ringkas. Entah mengapa juga dia tidak berani bertentangan mata dengan bakal suaminya itu. Seolah-olah aura rasa hormat yang mendalam dan ikhlas terbit daripada hati Azin.
"Alhamdulillah. Walaupun kamu ini muda sangat bagi aku, aku yakin kamu mampu jadi isteri yang solehah dengan acuan aku sendiri. Cuma kamu harus sanggup berdepan dengan sikap aku yang amat cerewet, pentingkan kesempurnaan, baran dan macam-macam lagilah" Azin hanya menganggukkan kepala.
"Aku tidak suka berpura-pura. Kalau aku suka ataupun tidak, biasanya aku akan cakap lepas. Jikalau kamu tidak hendak telinga tu menanah dengar aku membebel, tolong jangan buat benda yang aku larang. Faham!" Amir Mazlan memandang tepat ke mata Azin. Sengaja dia wujudkan perasaan gerun Azin terhadapnya.
"Izinkan aku tengok tapak tangan kamu boleh? Aku rasa aku berhak untuk melihatnya sebelum aku teruskan hasrat aku memperisterikan kamu." Azin takut-takut menghulurkannya untuk tatapan Amir kerana tapak tangan adalah simbol segala-galanya kepada seorang gadis. Amir memegang tangan Azin dengan berlapikkan sapu tangannya, Amir membelek depan dan tapak tangan Azin lama. Debaran hati Azin makin kencang mengalahkan berlumba lari 100 meter.
"Bagus dan syukur ke hadrat Allah, kamu lulus untuk jadi isteri aku. Aku hendak kamu dengar elok-elok apa yang aku hendak beritahu sekarang ni. Pertama, aku pentingkan agama. Jadi yang mana kekurangan, aku hendak kamu lengkapkan sebaiknya sebelum akad nikah nanti. Kedua, aku mahu kamu berhenti sekolah..." Azin seperti ingin menyampuk, pantas Amir menunjukkan isyarat tutup mulut apabila telunjuknya berada di hadapan bibirnya.
"Tentang itu, kamu jangan risau. Aku ada cara tersendiri untuk pastikan kamu berjaya. Kamu juga sebahagian daripada ahli lembaga syarikat aku kelak, sebagai isteri aku, kau wajib tolong aku untuk menguruskan syarikat keluarga aku." Entah mengapa hati Azin mendengarnya. Sekurang-kurangnya tidak musnah harapan dan cita-citanya.
"Aku ada permintaan yang lebih berat untuk kamu tunaikan." Amir sengaja mewujudkan perasaan resah di hati Azin. Memang patutpun jika gadis itu gelisah, sebab apa yang bakal dimintanya tidak masuk akal dan memang seperti diktator.
"Selepas berkahwin, aku tidak akan izinkan lagi kamu, bertemu dengan ahli keluarga kamu dengan apa cara sekalipun termasuk keluarga aku. Jadi kalau kamu hendak bermanja dengan keluarga kamu sekarang ini, sehingga sebelum kita bernikah maka silakanlah" Amir bercakap seperti orang tiada perasaan langsung. Azin sudah mula menahan rasa. Benci dengan Amir yang mula mempamerkan ciri-ciri pengongkong terhebat di abad ini. Amir seolah-olah dapat membaca fikiran gadis itu.
"Hal ehwal dan kebajikan keluarga ini, tanggungjawab aku. Aku janji aku tidak akan abaikan. Aku akan bantu perbelanjaan bulanan keluarga ini, pelajaran adik beradik kamu dan rumah ini akan dibina semula nanti. Keempat, aku hendak kamu harus belajar memasak dan menguruskan rumahtangga sebab aku seorang yang tidak suka makan di luar" Azin bersyukur dalam hati kerana Amir bakal tidak melupakan keluarganya.
"Yang lain aku akan beritahu satu persatu selepas kahwinlah. Hujung minggu ini, aku akan hantar rombongan merisik dan kita bertunang sekaligus. Awal tahun hadapan kita nikah. Ok. Ingat amaran aku, aku pentingkan agama. Faham-faham sudahlah" Azin seperti kelu tidak terkata-kata. Amir bercakap macam keretapi laju. Tidak berpeluang Azin untuk membela diri langsung.
Azin berasa rimas dan tidak sanggup berlama dengan lelaki yang mula mempamerkan berkuasa veto itu. Azin bangun untuk berlalu. Sebentar kemudian, Amir memanggil Azin kembali. Azin memalingkan muka menghadap Amir sekali lagi.
"Nah, telefon bimbit. Senang aku hubungi kamu. Mulai daripada saat ini apa yang kamu hendak buat update dengan aku. Aku tidak izinkan kamu keluar ke mana-mana tanpa pengetahuan aku. Ingat jaga aurat. Ubah sikap kebudak-budakan kamu itu. Yang penting jaga batasan di antara kamu dengan adik-beradik lelaki. Kamu perlu whatapps je pada aku untuk minta izin atau lain-lain. Selagi aku tidak balas maknanya aku tidak izinkan. Ingat jangan ingkar arahan aku kalau tak nahas kau nanti" Amir terus memberikan amaran.
"Ni sedikit wang poket untuk kegunaan kau dan keluarga" Amboi baiknya hati lelaki ini seolah-olah memberikan nafkah zahir pula. Tidak lama selepas Azin berlalu masuk ke dalam rumah, Padil pula mengambil tempat mendekati Amir di pangkin itu.
"Pakcik, saya minta maaflah kalau kedatangan saya tidak bersopan. Tidak pernah dibuat orang perangai macam saya ini. Terima kasih, pakcik izinkan saya bertentang mata dengan Azin walaupun sekejap. Cukuplah untuk saya mengenal sedikit peribadinya. Saya minta diri dahulu ye. Hujung minggu ini janganlah bersusah payah sangat. Kalau perlukan bantuan apa-apa, pakcik minta sahaja. Suruh Azin call saya. " Amir sudah merasakan tanggungjawab sebagai bakal menantu sulung Padil.
"Baiklah, Am. Terima kasih. Pakcik cuma doakan yang terbaik untuk anak-anak. Pakcik harap sangat yang kamu dapat bimbing Azin sebaik mungkin. Maklumlah kami daripada keluarga susah, tentunya dia seperti rusa masuk kampung lepas berkahwin dengan kamu nanti." Padil berharap agar Amir ikhlas memperisterikan Azin Aliah Syakila.
"Am, jemputlah makan tengahari dahulu. Makcik dan Azin sudah masak tadi. Jadi tak perlulah kamu berhenti makan di kedai nanti." Padil mempersilakan Amir menjamu selera dahulu sebelum dia pulang. Pertama kali, Amir makan masakan kampung yang kena dengan seleranya. Sedap.
"Saya mohon diri ya." Amir memberikan salam dan terus memecut keretanya laju. Amir mengejar masa agar sempat bertemu dengan ibubapanya selepas Isyak nanti.

Wednesday, October 2, 2013

update novel di ilham karangkraf

Assalam...

memandangkan cik lappy sy rosak maka terpaksalah sy upload bab2 Penjara Kasihku terus ke laman http://ilham.karangkraf.com/karya-detail.aspx?idk=1784&idc=8743#.UkwlN7awrFo

Jemput2lah singgah....