Bab 1
“Bagaimana Qila hendak lalui semua ini, Ayah Tahir, Along” Wajah kedua-dua lelaki yang rapat dengan Syamira Aqila direnung dalam. Qila meraup wajah comelnya sambil cuba menahan air mata tetapi nyata usahanya gagal. Along atau Syafiq Aiman sudahpun beralih tempat dan merangkul kemas tubuh adik bongsunya dalam pelukan. Dia mengharapkan dapat menyalurkan tenaga dalamannya kepada Qila agar lebih tenang.
Syafiq Aiman sedar bukan mudah untuk menghadapi realiti ini. Dua minggu lepas, mereka dikejutkan dengan kemalangan ngeri yang membawa ibubapa mereka, Datuk Jamil dan Datin Jasmin bertemu dengan pencipta selama-lamanya. Kini, mereka digemparkan bahawa Syamira Aqila sering dihujani dengan pesanan ringkas berbaur ugutan dan seseorang sering mengekori di mana dia melangkah.
Syafiq amat risaukan keselamatan Qila. Maklumlah dia bukan ada selalu di tanahair untuk memantau keadaan sekeliling. Kerjayanya sebagai kapten kapal perlayaran mewah yang berpusat di negara jiran, Singapura, memaksa dia hanya akan bertemu adiknya setiap tiga bulan sekali.
“Apa pendapat Ayah Tahir? Saya rasa sebaiknya kita upahkan pengawal peribadi untuk Qila. Penting untuk memastikan keselamatan Qila sekarang ini.” Syafiq membuka mulut memberikan pendapat kepada satu-satunya bapa saudara mereka, Dato’ Tahir, seorang Subritendan di cawangan polis Bukit Aman.
“Bagus juga cadangan itu tetapi masalahnya bukan muhrim. Kalau terjadi apa-apa di luar kawasan rumah bolehlah ditinjau-tinjau. Namun jika dalam rumah bagaimana pula. Tidak akan hendak berdua-dua pula” Tegas Ayah Tahir kepada anak-anak buahnya itu.
Betul juga apa yang diutarakan oleh bapa saudaranya itu. Apa pula idea bakal hadir dalam kepala. Tolonglah, tolong. Buntunya kepala. Akhirnya Ayah Tahir bersuara dan seraya itu juga mereka yang lain menumpukan perhatian kepadanya.
“Ayah Tahir, ada senarai biodata pegawai penyiasat persendirian yang berdaftar. Mungkin di kalangan mereka ada yang sesuai untuk dijadikan bakal suami Qila.” Tangisan Qila tiba-tiba terhenti lantaran terkejut dengan keputusan drastik bapa saudaranya itu. Mana mungkin berkahwin semata-mata untuk menjaga keselamatan dirinya sahaja. Susahnya jadi anak kepada ahli perniagaan terkenal seperti arwah papa dam mama.
“Qila tidak setuju. Qila boleh jaga diri sendiri.” Qila membantah keras. “Syamira Aqila, Along bertanggungjawab ke atas diri kamu sekarang ini. Ingat Along juga adalah wali kamu. Keputusan Along muktamad. Kamu akan dikahwinkan dengan pilihan kami.” Syafiq sengaja membulat mata ke arah Qila. Dia tahu Qila memang takut membantah kata-katanya sejak kecil. Syafiq sudah menerapkan perasaan itu kepada Qila dari dahulu lagi supaya adiknya itu tidak memijak kepalanya kelak.
Qila mula berhentak kaki dan mempamerkan muncung panjang mulutnya. Dia hendak bersuara takut ditengking Along dihadapan ibu bapa saudaranya. Bukan boleh dibuat main abang seorangnya ini. Tanpa meminta persetujuan Qila, Syafiq sudah mempunyai perancangan tersendiri.
“Ayah Tahir, Along ada seorang kawan baik baharu sahaja berhenti bekerja sebagai pegawai perisikan pesawat. Umur dia pun sebaya dengan Along masih bujang." Syafiq sudahpun tersenyum lebar. Bagus juga jika kawan baik menjadi adik ipar. Ringan sedikit tanggungjawab yang dipikul jika telah diserahkan kepada seorang suami yang baik, soleh dan lengkap pakejnya.
*****
"Fauzan Raykal, apa khabar?" Syafiq bersalaman dan berpelukan dengan kawan karibnya yang hampir setahun tidak bersua muka. Sekadar berFB dan berwhatapps sahaja itu memang kebiasaan bagi mereka bertukar pendapat dan bertanya khabar untuk mereka sentiasa sibuk.
"Apa mimpi kau hendak bertemu dengan aku? Siap antara hidup dan mati lagi" Fauzan berseloroh dengan Syafiq.
"Hari itu kau cakap dengan aku yang kau belum ada calon isterikan?" Fauzan terasa pelik dengan soalan teman baiknya itu. Sekadar menganggukkan kepalanya.
"Bagus. Hari ini aku hendak meminang kau untuk adik perempuan aku, Syamira Aqila. Bagaimana kau setuju tak?" Terkesima Fauzan mendengar permintaan Syafiq yang tidak dijangka itu.
"Kau jangan main-main Syafiq. Tidak pernah dibuat orang perempuan pinang lelaki ini" Fauzan masih menahan gentar di dadanya. Terbayang wajah ayu milik Syamira Aqila. Tiba-tiba bayangan itu senyuman sipu ke arahnya.
"Ooi..berangan pula. Seriuslah. Sedangkan Saidina Khatijah pun meminang Rasullullah. Kenapa aku tidak? Kaulah calon yang paling sesuai di abad ini." Fauzan hanya mampu tersenyum. Huh.. Syafiq Aiman bakal abang iparnya, tidak pernah terjangkau di benaknya.
Sekadar menulis suka-suka. Diharapkan jangan meng"copy" atau menciplak idea yang tidak seberapa. Maaf sekiranya ada yang tidak berkenan di mata dan hati.
Tuesday, August 27, 2013
Pengawal Peribadi Segera!!!!Bab 1
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment