'Benci dan letih betul kalau tiba mesyuarat bulanan. Ada sahaja masalah akan timbul. Budak-budak aku ni makan gaji buta ke'. Amir menghempaskan punggung ke atas sofa empuk di dalam biliknya. Minit mesyuarat yang lepas awal-awal lagi sudah dilemparkan di atas meja setiausaha, Haryati.
Amir berbaring sekejap dan menghilangkan ketegangan perasaannya sebentar tadi.
Kedengaran pintu biliknya diketuk. Amir melaung membenarkan kebenaran kepada orang yang berada di luar pintu biliknya.
"Maaf Tuan Amir saya mengganggu. Saya hendak pulangkan telefon ni." Amir sekadar mengisyaratkan kepada Haryati untuk meletakkannya di meja kopi.
"Tapi, tuan ada beberapa panggilan, pesanan ringkas dan whatapps masuk. Saya lihat daripada tunang Tuan Amir. Jadi saya tidak berani angkat dan buka" Amir memandang tajam ke wajah Haryati.
'Apahal pula dia beriya-iya hubungi aku ini'.
"Haryati, awak tolong aturkan semula semua temujanji saya dalam jangkamasa sebulan. Kalau boleh saya tidak mahu jadual kerja saya terlalu padat sehingga dua minggu selepas tarikh pernikahan saya."Amir terasa untuk merehatkan badan seketika setelah asyik sibuk bekerja.
"Baiklah, tuan. Saya akan kemaskinikan semula temujanji tuan. Ada apa-apa lagi” Haryati mencatatkan sesuatu di dalam diarinya.
"Saya tidak mahu jumpa sesiapa hari ini. Semua temujanji saya, awak teruskan serahkan kepada ketua bahagian yang terlibat untuk uruskan.” Haryati berlalu keluar untuk memberikan laluan bosnya merehatkan minda.
10 missed call, 5 messages
"Keluar tanpa izin aku. Bikin panas hati budak ni.” Berombak dada Amir Mazlan apabila Azin pandai-pandai buat keputusan melanggar arahannya. Jari jemari Amir mula mengwhatappstunangnya.
Mana (ikon marah)? – Amir Mazlan
AEON Ipoh. dengan Farah, maaf keluar Azin temankan Farah jap beli barang sekolah – Azin Aliah Syakila
Bukan ke aku larang? – Amir Mazlan.
Please abang, sekali ni je.Nanti dah kahwin jumpa Farah lum tentu abang izinkan – Azin Aliah Syakila
Abis sekarang ini ada aku izinkan ke?Sneaking Out(Icon Marah)? – Amir Mazlan
Sekejap lagi Azin baliklah.Please sekali je – Azin Aliah Syakila
BALIK SEKARANG – Amir Mazlan
Kena tunggu ayah Farah ambil kami pukul tiga petang – Azin Aliah Syakila.
WHAT? LAGI 3 JAM? – Amir Mazlan
Lepas Az sampai rumah saya call abang. Kalau masa tu abang nak marah ke nak maki ke, Az terima – Azin Aliah Syakila
AKU DATANG AMBIL KAU SEKARANG? – Amir Mazlan
Abang kat mana? – Azin Aliah Syakila
“Office Putrajaya” – Amir Mazlan.
Jangan jauh. Azin akan call abang selepas tiba di rumah nanti. Abang tengah marah tu, tak elok memandu.jauh-jauh. Azin risau apa-apa berlaku. Kelak Azin gak yang menyesal – Azin Aliah Syakila
Kalau kau tidak mau aku datang, balik sekarang, Chartered cab sampai rumah. Duit ada kan? – Amir Mazlan
Tapi...- Azin Aliah Syakila
BALIK SEGERA, SEBELUM AKU MUNCUL DEPAN KAU JAP LAGI. NOW!!! (Jeritan suara Amir Mazlan melalui aplikasi wechat)
Kuatnya suara Amir Mazlan menjerit. Malu seketika Azin apabila orang di sekeliling memandang ke arahnya.
"Azin, suara tunang kau ke?” Farah pun terkejut.
"Dia dah mengamuk dekat pejabat dia. Jomlah kita balik” Azin melangkah keluar pasaraya itu.
"Eh tapi ayah aku sampai pukul tigakan. Lainpun tiket wayang ni?” Farah mempamerkan wajah simpati.
"Nah, duit ganti. Jom balik kita naik teksi. Aku bayar. Kau telefon je ayah kau, beritahu kita balik sekarang” Azin terus melangkah pantas. Farah terlari-lari anak mengejar Azin dari belakang.
"Azin maafkan aku. Aku tidak sangka langsung pula tunang kau garang giler” Terasa bersalah dalam hatinya.
"Dia bukan garanglah. Tegas.” Azin membela Amir. Dalam hatinya tidak tenteram.
"Eh! Banyaknya duit kau?” Farah hairan. Maklumlah selama ini ketika keluar dia yang sering bermurah hati menanggung kos jika mengajak Azin untuk keluar. Farah faham kerana Azin daripada orang yang susah.
“Duit dia, Farah. Jomlah balik, lewat nanti masalah lain pula timbul” Azin terus menahan teksi dengan mereka berlalu pulang ke rumah.
********
"Kau kat mana?” Amir menelefon seseorang.
"AEON Ipoh, kenapa bos?” Mizan menjawab.
"Bagus senang kerja aku. Kau ikut tunang aku sampai rumah, dia ada dekat perhentian teksi sekarang. Apa-apa lapor kepada aku” Amir memberikan arahan kepada pengawal peribadinya.
"Baik bos.” Mizan memandang kepada rakannya Rizal, seolah-olah memberitahu ada arahan baru diterima daripada bosnya.
"Mulai hari ini, tugas kau awasi dia. Faham!” Amir memikirkan inilah jalan terbaik dia memantau pergerakan Azin.
"Baik bos” Amir Mazlan memutuskan talian dan merekapun memulakan tugasnya.
*********
Azin kelihatan agak resah dan asyik menilik jam tangannya berulang kali. Teksi itu pula dirasakan begitu lambat bergerak.
"Pakcik boleh pandu laju sikit tak?” Azin berasa tidak boleh berlengah lagi.
"Dekat sikit banyak speed trap, cik. Nanti kena saman” Pemandu teksi itu menjawab.
"Begini pakcik. Saya ada kecemasan.Sekiranya pakcik kena saman, saya janji saya bayar. Tolong ye, pakcik.” Azin memohon simpati.
Pemandu teksi itupun bersetuju lalu memecut laju. Azin berharap dapat balik ke rumah dalam masa yang singkat. Tiba-tiba kedengaran, siren motosikal polis trafik menghampiri teksi yang mereka naiki. Polis tersebut meminta pemandu teksi itu memberhentikan kenderaan.
"Macam mana ini, dik?” Pemandu teksi tersebut mula gelabah.
"Tak mengapa pakcik, nanti saya bayar sekali dengan tambang teksi ni.” Azin meyakinkan pemandu tersebut.
Ketika pemandu teksi sedang sibuk melayan polis trafik tersebut, Azin dengan sengaja memalingkan kepalanya memandang ke belakang. Dari kejauhan dia ternampak ada sebuah motosikal berkuasa tinggi dengan dua orang pembonceng sedang berhenti. Mereka seolah-olah sedang memerhatikan teksi yang dinaikinya.
Assalam .Abang ada suruh sesiapa ekori saya ke?- Azin Aliah Syakila
Pengawal peribadi aku. Mulai hari ini, dia akan awasi dan jaga keselamatan kau. Jangan lupa kau bakal isteri CEO M & M Hotel.Sampai rumah beritahu aku.Faham! - Amir Mazlan
Ok. Faham. - Azin Aliah Syakila
*********
"Azin siapa dua orang lelaki tu?” Farah bertanya.
“Pengawal peribadi tunang aku.”Azin cuma mahu mengeluh. Dia berasa tidak bernafas apabila segala aktiviti peribadinya dikawal ketat oleh Amir.
“Kaya gila ke tunang kau ni, Azin?” Farah berteka-teki.
"Yang kaya dia bukan aku. Aku masih sama je” Azin cuba mematikan persoalan di benak teman rapatnya.
Setibanya di rumah Azin terus membawa tambang dan kadar saman kepada pemandu teksi tersebut.
"Pakcik kalau ada lebih saya halalkan” Azin berkata sambil tersenyum.
"Terima kasih nak. Ini kad pakcik. Mungkin di masa akan datang jika awak perlukan apa-apa bantuan, In sha Allah pakcik akan cuba membantu.” Pemandu teksi tersebut menghulurkan sekeping kad kepada Azin.
"Kamu siapa nama?” Pemandu teksi itu sekadar ingin mengetahui untuk ingatan mindanya.
"Azin Aliah Syakila, pakcik. Saya pergi dulu ya” Azin dan Farah melangkah keluar daripada teksi tersebut.
"Azin, terima kasih temankan. Tidak pasal-pasal kau kena marah pula. Kau nak aku jelaskan pada tunang kau” Farah rasa bersalah.
"Aku tidak fikir itu cadangan yang baik-baik. Tidak mengapalah, tahulah aku nak uruskan nanti” Azin sendiri tidak tahu apa yang bakal berlaku.
Mereka berdua bersalaman dan berpelukkan. Farah pun pulang ke rumah setelah adik Farah mengambilnya di rumah Azin. Dua orang pengawal peribadi tadi sudahpun menghilang diri. Mungkin sudah pulang agaknya.
Abang, Azin sudah sampai ke rumah. Tqvm. - Azin Aliah Syakila
*********
Bos dia sudah sampai di rumah. Kawan diapun sudah balik. - Mizan
Bagus. Kau bersedia sahaja. Apa-apa aku akan hubungi kau - Amir Mazlan.
Roger, bos. Saya balik dahulu - Mizan.
Ok - Amir Mazlan
No comments:
Post a Comment