Friday, October 25, 2013

Teaser 2: Penjara Kasihku

"Azin, maafkan abang bertanya." Azin hanya memandangkan wajah lelaki itu. "Kenapa Azin masih setia dengan dia walaupun jiwa Azin terseksa?" Lelaki itu benar-benar ingin tahu. Sepanjang mengawasi gerak geri Azin, tidak pernah sekalipun Azin cuba mengkhianati suaminya. Semuanya dilakukan mengikut piawaian Amir Mazlan.
"Kenapa tetiba tanya soalan pelik macam mana ni? Perlu ke Azin jawap?" Azin agak hairan perilaku lelaki itu. Pak Rashid sakit dan bercuti selama tiga bulan membuatkan Mizan bertindak sebagai pemandu peribadi dan pengawal peribadi Azin.
"Perlu sangat?" Mereka masih dalam perjalanan menuju ke kolej kerana Azin ada pembentangan kertas kerja untuk peperiksaan semester nanti.
"Mana abang tahu saya terseksa? Saya bahagia kerana saya cintakan suami saya sepenuh jiwa. Buruk dan baik dia, bukan urusan abang untuk jaga tepi kain saya. Tugas abang adalah tugas abang. Kalau saya buat salah sekalipun, abang kena amanah dengan kerja yang diberikan. Memang tugas abang untuk melaporkan aktiviti seharian di luar saya untuk pengetahuan diakan." Azin berasa agak hairan mengapa pertembungan dia dan Farid tempohari belum menjadi isu kepada Amir Mazlan.
"Abang, tidak mahu Azin kena marah dengan bos sebab hal remeh temeh tu." Lelaki itu menjawabnya ikhlas.
"Biarlah perkara remeh temeh itu dia tahu daripada dia syak saya buat benda yang tak elok belakang dia. Daripada hujung rambut sampai ke hujung kaki saya, semuanya milik dia. Tiada satupun hak saya. Kecuali nyawa ini hak Allah." Azin menafas dalam.
"Abang, tolonglah jangan jadikan saya isteri yang derhaka pada suaminya. Tolong jangan lafazkan apa yang tidak perlu saya dengar. Walaupun dia tegas dengan saya, itu hak dia. Malah menjentik sayapun tidak pernah. Layakkah saya menentang arahannya?" Azin mencari kekuatan.
Azin sedar bahawa Mizan mula jatuh hati kepadanya. Banyak perkara yang berlaku ditutup rapi daripada pengetahuan Amir Mazlan. Azin risau jika Amir curiga dan menuduhnya nusyuz' di belakangnya. Tiada apa yang mampu disorok daripada Amir Mazlan kerana terlalu banyak mata yang memandang dan mesti banyak mulut yang bakal menyampaikan kepada Amir Mazlan.
Amir Mazlan tahu apa yang berlaku dibelakangnya. Namun untuk membuka mulut bertanya, itu bukannya sikap dia. Dia percayakan orang kiri dan kanannya. Azin, gadis itu sudah dididik untuk tidak berbohong. Cuma hanya cepat atau lambat, hal itu dibincangkan dengan Amir Mazlan.
"Maafkan abang, Azin. Azin terlalu baik pada abang. Isteri dambaan seorang lelaki seperti abang. Abang malu dengan bos kerana mampu membentuk Azin menjadi wanita solehah. Sedangkan abang sendiri tidak mampu. Abang janji tidak akan bercakap soal perasaan lagi." Mizan menginsafi diri. Berdosa menyimpan perasaan kepada isteri orang.
"Antara abang hendak beritahu apa yang berlaku kebelakangan ini atau tidak, saya tetap akan berterus terang." Azin berkeras untuk menjaga mahligai perkahwinannya bersama Amir Mazlan.
Lelaki itu adalah khalifah dan imamnya dunia dan akhirat.
P/S: Harap terhibur dan sokonglah Penjara Kasihku.

No comments:

Post a Comment