Friday, September 27, 2013

Penjara Kasihku Bab 2

Bab 2
Azin Aliah Syakila, anak sulung Padil seorang remaja periang dan bijak. Namun rencana Dato’ Mansor ingin menjodohkan gadis remaja berusia 16 tahun ini dengan anak tunggalnya Amir Mazlan seolah-olah menenggelamkan masa depan dan cita-cita Azin. Dato’ Mansor menawarkan hujanan wang ringgit kepada Padil sekeluarga. Sekaligus, mampu menutup kedaifan keluarganya. Malah masa depan adik-beradik Azin juga terjamin, tiada masalah kewangan untuk melanjutkan pengajian ke menara gajing.
Oleh kerana Padil tidak memiliki kelulusan tinggi, ini memaksanya melakukan kerja-kerja kampung. Asalkan halal pasti Padil tidak akan berkira dan dilaksanakan dengan teliti dan amanah. Di antaranya seperti membersihkan dusun, memanjat pokok kelapa dan memotong rumput.
Kini, Padil di dalam dilema. Perlukah dia memaksa Azin Aliah Syakila berkahwin dengan Amir Mazlan, insan yang sangat ego, mementingkan kesempurnaan dan bakal pewaris harta empayar yang diusahakan oleh Dato’ Mansor dan Datin Masyitah sekian lama atau tak?. Padil masih buntu memberikan keputusannya.
**********
Sang mentari telah berpacak tegak di atas kepala Azin menandakan sesi persekolahan tahun ini hampir berakhir beberapa minit sahaja lagi. Gelak gempita dan bertempikkan semua pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Bukit Ria. Mana tidaknya peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) sudah beberapa bulan berlalu dan cuti persekolahan yang panjang pula menyusul. Tidak lama lagi mereka akan memperolehi keputusan pula.
Kelihatan BFF mulalah berpelukan sesama sendiri. Mana tidaknya ada di kalangan mereka akan berpisah, ada yang terpilih melanjutkan pelajaran dekat MRSM, Teknik atau sekolah berasrama penuh. Riuh rendah dan sibuklah juga mereka bertukar-tukar details untuk perhubungan moden samaada akaun facebook, twitter, wechat dan lain-lain. Azin Aliah Syakila, hatinya terbuku dalam, walaupun bakal terpilih ke MRSM, kakinya terkunci rapi. Hasratnya pasti terkubur kerana tanggungjawab berat yang digalas. Bakal terkubur apabila mendengar permintaan ayah dan ibunya untuk berkorban demi adik-adiknya semalam.
“Azin, Azin tunggulah. Cepatnya nak balik” Farid terjerit-jerit mengejar Azin dari belakang. “Sorrylah aku nak kejar masa. Ibu nak masuk kerja jap lagi, nak kena jaga adik-adik lagi. See you next year. Bye” Pantas Azin meninggalkan Farid, dikayuhnya basikal itu selaju-lajunya. Malas hendak dilayannya, takut pula melarat nanti. Bising pula ibunya kalau dia lewat tiba ke rumah.
Farid memang sukakan Azin tapi kasihnya ditolak. Alasan Azin masih terlalu muda untuk bercinta. Poketpun masih diisi dengan wang pemberian ayah dan ibu. Tersenyum pula mengingati kata-kata Ustazah Sofiyah ketika beliau mengajar matapelajaran Pendidikan Islam dahulu.
“Kamu semuanya tengah belajar lagi, makan pakaipun ibubapa kamu yang tanggung, janganlah gatal-gatal hendak mengurat anak dara atau anak teruna orang. Kalau ibubapa kamu kahwin lain, mesti kamu marahkan tetapi saya tengok macam ramai di kalangan kamu semua rela beribu dan berbapakan tiri” Ustazah Sofiyah tersenyum sambil melihat muka anak-anak muridnya diruntun kekeliruan.
“Cuba kamu fikirkan baik-baik, kalau kamu belikan bunga ros atau hadiah kemudian berikan kepada boyfriend atau girlfriend kamu pakai duit siapa? Duit ibubapa kamukan! Kiranya sekarang samalah juga kamu jadi agen cari jodoh untuk ibubapa kamu. Cari ibu bapa tiri….Hah, kelas.. Kesimpulan kerjalah dahulu, kumpul duit lepas itu barulah boleh mengurat anak orang. Faham kelas!!. Ohhh..Tiba-tiba kelas 3 Arif riuh dengan gelak ketawa.
Farid sekadar hendak melafazkan ucapan selamat tinggal kepada Azin. ”Huh, Azin tiada lagi tahun depan. Aku sudah hendak melangkah jauh.” Farid bermonolog sendirian. Gadis ayu dan tegar itu kelak tidak bisa disakat atau diusik lagi. Mana tidaknya dengan kesusahan keluarga Azin tidak mungkin membenarkan mereka berhubung dengan gajet pintar masa kini. Pasti Farid akan merindui hilai tawa manja Azin. Farid bakal berhijrah terus ke Australia mengikuti ibubapanya atas urusan perniagaan. Entahkan bila akan berlabuh kembali ke tanahair. “Akan ku tanam rasa kasih ini kekal di hati wahai Azinku sayang. Andai ada jodoh pasti tidak ke mana walaupun 1000 tahun lagi. Kaulah orang pertama akanku cari bila aku pulang ke Malaysia nanti,” Senyum Farid sendiri.
**********
Azin tiba di rumah, kelihatan ibunya, Maryam sudahpun bersiap sedia untuk ke restoran Busu Ida yang terletak di pekan. Maryam bekerja selama 4 jam di situ bermula dari jam 3.30 petang sebagai pencuci pinggan. Maryam dibayar upah sebanyak RM20 sehari. Dapatlah juga duit belanja barangan dapur katanya. Busu Ida, adik bongsu Maryam, puas juga memujuk Padil agar membenarkan Maryam membantunya di restoran. Tegas Padil mencari rezeki sepatutnya tugas orang lelaki, tugas orang perempuan ialah melayan suami, melahirkan serta menjaga anak-anak dan rumahtangga sahaja.
“Ibu, tidak sihat ke?,” Risau pula hati Azin melihat ibunya terbatuk-batuk.
“Tekak ni ha, gatal bukan main. Dah makan ubat batuk, tapi lum nak kebah lagi, Insya-Allah nanti sembuhlah. Jangan risau ya” Luah Maryam kerana tidak mahu anak sulungnya terus dilanda kerisauan.
“Makan tengahari ibu sudah sediakan. Jangan lupa kamu ambilkan mereka makanan. Tidak dipaksa makan, nanti adik-adik kamu asyik bermain sahaja. Makan malam nanti ibu ambil dekat kedai macam biasa” Azin mengangguk-anggukkan kepala tanda faham.
“Baiklah, ibu pergi dulu,” Maryam berkata sambil menyarungkan kasut di kakinya.
“Oh ya. Ayah ambil upah di mana, ibu?” Saja Azin ingin tahu. Kalau ada kecemasan senang hendak dia mencari ayahnya nanti.
“Dekat Villa Desa kepunyaan Dato’ Mansor tu rasanya,”Sambil Maryam menjuihkan bibirnya menunjukkan ke arah villa itu.
“Lama ke, ayah kat situ kali ini, ibu.”Tanya Azin lagi. Kepoh sangat pula, aku ingin tahu. Getus di hati Azin sendirian.
“Ayah kamu sudah bekerja tetap di situ. Dato’ sedang buat ubahsuai villa tu. Ayah kamu pula disuruhnya mengawasi pekerja kontrak tu, maklumlah Dato’ kan teliti orangnya. Siap je nanti, akan disuruh ayah kamu mengecat seluruh villa. Alhamdullillah, rezekikan. Al-maklumlah, banyak hendak pakai duit nanti masa naik sekolah semula nanti.” Ujar Maryam panjang lebar sambil tersenyum.
Azin seraya bersalaman dengan ibunya dan akhirnya berlalu pergi ke restoran Busu Ida. Alhamdulillah, Azin memanjatkan kesyukuran. Maklumlah sudah dua bulan, ayah tidak dipanggil oleh sesiapapun untuk diupah melakukan kerja-kerja kampung. Setiap hari berlaukkan nasi, telur dadar dan kicap. Kadang-kadang merasalah ikan selar kuning kecil untuk kami goreng. Harga barangan runcit pun sudah banyak berubah. Sebut pasal kicap, sebotol besar pun mencecah sepuluh ringgit sebotol. Andainya asyik pagi petang berulangkan kicap, sebulan sekurang-kurangnya empat botol untuk kami enam beradik.
Tersentuh hati Azin, melihat ibubapanya berhempas pulas mencari rezeki untuk mereka. Perbelanjaan zaman sekarang diakui amatlah kasar. Pernah Azin suarakan keinginan untuk berhenti sekolah, bolehlah dia mencari kerja sebagai operator pengeluaran dekat kilang di bandar. Sekarangpun gaji kasar sudah mencecah RM900. Namun hasratnya dibantah oleh Padil sekeras-kerasnya. Kata Padil, biar bersusah sekarang namun pada masa depan mereka akan mengecapi kesenangan, yang penting ada ilmu di dada. Namun Azin agak risau dengan kesihatan ayahnya kerana kebelakangan ini.

No comments:

Post a Comment