Sekadar menulis suka-suka. Diharapkan jangan meng"copy" atau menciplak idea yang tidak seberapa. Maaf sekiranya ada yang tidak berkenan di mata dan hati.
Thursday, September 12, 2013
Pengawal Peribadi Segera !!!! Bab 3
Syamira Aqila baru sahaja selesai mandi setelah puas berperang di dapur sebentar tadi. Tidak sabar dia untuk melihat reaksi Fauzan Raykal apabila menjamah makanan versi istimewanya nanti.
“Hai, baju apa hendak dipakai ni. Takkan baju kurung kot, macam orang kampung sangat. Baju kebaya karang mau terbeliak mata abang Fauzan merenung pinggangnya yang ramping nanti dan kalau jubah pulak macam nak pergi ceramah agama pula" Qila bermonolog sendirian. Akhirnya dia teringat sehelai gaun labuh yang dihadiahkan oleh Syafiq ketika belayar ke Panama bulan lepas.
"Oklah pakai macam ini. Gaun labuh bercorak bunga warna tanah merah jambu dengan sehelai selendang putih yang dililitkan pada leher. Sekadar untuk meliputi bahagian pangkal leher gaun itu yang luas terbuka dan berbentuk bulat. Nanti nampak wayang percuma pula.
*********
"Assalamualaikum".Wah ada orang salam. Qila cuba mengintai di jendela namun Fauzan Raykal tidak kelihatan dan Qila berasa kecewa.
“Jangan-jangan rancanganku hendak gagal tak?” Berbisik sendirian. "Waalaikummussalam w.b.t. Masuklah. Jangan malu-malu." Ayah Tahir dan Syafiq menjemput bakal besan mereka masuk.
"Hai bakal adik ipar. Apa khabar?" Syafiq berseloroh dengan kawan karibnya, Fauzan, seolah-olah lama tidak bertemu sedangkan awal pagi tadi baharu sahaja mereka melepak sama. Mereka berdua ketawa berdekah-dekah sambil berpelukan di antara satu sama lain.
“Banyaklah kau punya adik ipar. Aku mestilah sihat kalau tidak takkan terpacul di muka pintu rumah kau sekarang, Fiq” Ceria sungguh wajah Fauzan.
“Jemputlah duduk semua.” Ayah Usu Man mempelawa bakal besan mereka duduk. Kelihatan yang hadir, ibubapa Fauzan, Encik Farid dan Puan Rozanah, dua pasang suami isteri yang mungkin saudara mara terdekat Fauzan. Mereka membawa sirih junjung, tepak sirih, sedulang buah-buahan, sedulang gubahan coklat dan senashkah Al-Quran.
Ibu Tijah mengetuk pintu Qila dan meminta dia menyediakan minuman untuk para tetamu. Kelihatan seorang jejaka sebaya Along sedang rancak berbual. Oh, boleh tahan juga kacaknya, getus hati Qila. Sebaik sahaja selesai membancuh kopi Arabica panas dan kek coklat, Qila terus menghantarnya ke ruang tamu. Seperti yang dirancangkan, versi Fauzan sudahpun berada di hadapan jejaka itu. Fauzan sekilas merenung ke arah Qila sambil tersenyum.
“Jadi bagaimana Syamira Aqila, rombongan Fauzan Raykal datang untuk merisik dan meminang kamu” tanya Ayah Tahir. Wajah Qila sudah mudah merona merah. Hatinya berdebar-debar. Bukan kerana teruja menerima peminangan ini tetapi teruja untuk melihat reaksi Fauzan yang bakal memakan kek coklat dan air kopi versi edisi khasnya.
Dahi Fauzan berkerut-kerut ketika menjamah kek coklat yang dirasainya seperti sedikit pedas dan pahit akibat terlebih kayu manis. Paling tidak disangka air kopinya punya pahit gila tidak bergula. Memerah matanya menahan daripada tersedak. Qila sudahpun menakup mukanya dengan tangan menahan gelak.
Getus hati Fauzan, “Oo, awak kenakan saya, tunggulah sudah sah jadi isteri saya nantikan pembalasannya”.
“Hai kamu ini kenapa Fauzan, pelik semacam je Papa tengok” Encik Farid mengesan perubahan wajah anak tunggalnya.
“Eh, tidak ada apa-apapun, papa. Kek coklat dan air kopi terlalu sedap sangat. Susah nak dapat di tempat lain.” Fauzan menjeling ke arah Qila yang masih menahan gelak.
“Qila yang sediakan semua ini” Alamak Ibu Tijah pula memecahkan rahsia. Habislah apabila Syafiq sudah mengesan bahawa adiknya telah membuat onar. Dia membulatkan mata kepada Qila seperti biasa.Qila mula menikus gentar.
“Alamak, matilah kalau along sudah kesan” Rungut dalam hati Qila. Syafiq dengan pantas meminta diri daripada para tetamu. Syafiq menuju ke arah Qila dan mencengkam kemas lengan adiknya itu diheret ke tepi kolam renang.
“Qila jangan buat hal boleh tak? Tidak tahu macam mana hendak hormat orang lain ke?” Nada tegas Syafiq diperlahankan bagi mengelakkan tetamu dan yang lain dengar.
“Apa yang along merepek ni? Apa yang Qila dah buat?” Qila berpura-pura tidak tahu.
“Sabotaj makanan dan minuman Fauzankan. Ada lagikan dekat dapur. Patutlah Qila tidak benarkan orang lain masuk dapur. Ini kerja kamu rupanya,” Syafiq sudahpun berhadapan dengan Qila, amat dekat. Muka Syafiq sudah menyinga menahan baran. Itu hanyanya mahu juga dihadiahkan sebuah tamparan ke pipi mulus Qila. Maklumlah lemak adik bongsu semakin menebal.
“Along tetap dengan keputusan ini. Muktamad tiada talian hayat. Along tahu kamu sudah putus dengan bekas teman lelaki kamu, Mizankan. Mizan sekarang mengalami masalah kewangan dan sering berpoya-poya dengan perempuan. Along sudah siasat ugutan yang sering kamu terima semuanya berpunca daripada Mizan. Mungkin kemalangan ibubapa kitapun dia yang rancang.” Qila agak terperanjat apabila mengetahui semua perkara berkaitan dirinya.
“Walaupun Along hanya di darat setiap tiga bulan sekali. Tidak bermakna tanggungjawab Along untuk menjaga diri kamu, Along abaikan. Sekiranya Along berada di sini boleh Along awasi pergerakan Qila. Jika Along mula belayar nanti, Qila rasa Along akan tenang tinggalkan Qila dalam keadaan ketakutan begini.” Syafiq sudah terduduk di atas kerusi sambil meraup mukanya dengan tangan. Dia mengeluh berat seperti bebanan berat dipikulnya.
“Qila boleh jaga dirilah, Along. Apa guna jika Qila memegang tali pinggang hitam Taewando. Setakat Mizan dia tidak akan berani buat diluar jangkaan” Qila masih cuba meningkah.
“Apa-apapun Qila tetap seorang perempuan. Tenaga perempuan dan lelaki berbeza kita. Ingat Qila, kita adalah pewaris harta ibu bapa kita yang banyak. Kamu tidak mahu ke pertahankan titik peluh mereka selama ini. Kamu tahukan syarikat keluarga Mizan hampir muflis. Mizan ini memaksa kamu berkahwin dengannya memaksa memindahkan semua aset kamu kepadanya.” Syafiq cuba meyakinkan Qila.
“Mengapa tidak tolong sahaja Qila urusan syarikat keluarga kita? Biarkan Qila seorang diri dan Fauzan setaraf ke dengan kita?” Qila terus mendesak Syafiq. Mahu dia letakkan kesalahan kepada abang sulungnya itu tentang tanggungjawab syarikat yang terbeban di bahunya selama ini. Semuanya kerana ibubapa mereka menghormati kehendak Along untuk menjadi kapten.
“Qila tidak tahu apa-apa jangan menuduh boleh tak? Ibubapa kita ada agensi pelancongan di luar negara berpusat di Singapura. Syarikat yang Along kerja sekarangpun milik keluarga kita, Qila tahu tak? Along menjadi CEO SA Legacy Tourism and Shipping Pvt. Ltd. Ibubapa kita sengaja memberikan semua urusan di luar negara kepada Along dan semua urusan syarikat SA Legacy Holding Berhad di dalam negara kepada Qila untuk uruskan.” Qila amat terkejut dengan apa yang diperkatakan oleh abangnya sebentar tadi.
“Pasal Fauzan, jangan Qila menghakiminya sebarangnya. Qila tidak kenal Fauzan siapa sebenarnya. Memang Qila akan gajikan dia sebagai pegawal peribadi nanti, namun Qila tetap kena menghormati haknya sebagai suami. Jangan sehingga suatu hari nanti kamu akan menyesal apabila mengetahui siapa sebenarnya Fauzan Raykal. Keputusan Along muktamad. Jangan malukan Along dengan perangai Qila yang tidak matang itu.” Huh, bernanah telinga Qila diceramah panjang oleh Syafiq Aiman.
“Hai, Syafiq boleh saya berbincang dengan Qila sebentar.” Terkejut kami melihat tiba-tiba muncul kelibat Fauzan. Syafiq menganggukkan dan tangannya menepuk-nepuk bahu sebelum berlalu.
Fauzan Raykal menghantar Syafiq Aiman dengan anak matanya. Setelah dipastikan bahawa kelibat kawan karibnya sudah hilang daripada pandangan, Fauzan
“Assalamulaikum, Qila. Duduklah jangan malu-malu rumah sendirikan. Lainlah kalau orang itu ada buat salah pada abang.” Glup. Glup. Qila tertelan air liur pantas. Mampus aku macam ini, getus hati Qila. Salam pun dijawab dalam hati. Entah kenapa kelu lidahnya untuk berbicara. Lepas satu debaran yang datang. Kisah dengan Along tadi masih tergantung sekarang dengan Fauzan Raykal pula. Mana nak lari ini. Hati Qila menangis.
“Abang rasa Syafiq sudah pun memberikan kata putus tentang kita. Abang cuma harap Qila akan bersedia menjadi isteri abang yang taat, solehah dan paling penting menjaga maruah abang sebagai suami kelak.” Fauzan terdiam seketika.
“Qila jangan risau kita memang sekufu dan belajar mengenal abang. Qila akan tahu keindahan sebenarnya. Jumpa lagi di hari pernikahan nanti.” Fauzan menghadiahkan senyuman paling manis. Qila masih terkesima menerima kata-kata Fauzan sebentar. Seraya kemudian Fauzan berpanggil semula kepadanya.
Alamak kenapa pula dengan dia ni? Getus hati Syamira Aqila.
Perlahan-lahan Fauzan menarik selendang yang melilit kemas di leher Qila. Kemudian diletakkan selendang itu meliputi rambut Qila.
“Mahu menjadi isteri dan menjaga maruah Fauzan Raykal, Syamira Aqila perlulah belajar untuk berhijab lengkap. Aurat seorang wanitakan untuk yang hak sahaja. Jangan lupa periksa iman, solat dan mengaji sebelum menjadi isteri Fauzan Raykal. Fauzan Raykal amat tegas dalam segala hal. Lagi tegas dan tiada kompromi lebih daripada Syafiq Aiman. Setiap kebaikan pasti ada ganjaran daripada Allah swt dan setiap kesilapan pasti ada ganjaran daripada Fauzan Raykal tau.” Lembut tutur kata dan tindakan Fauzan tetapi menusuk dalam hati Qila. Qila masih kelu dan kelu.
“Oh ya. Terima kasih kerana mengenakan abang dengan masakan dan minuman tadi. Agaknya mesti ada lagi versi Fauzan Raykal. Tidak mengapa kerana tanda cinta abang kepada Qila, abang akan makan semuanya. Fauzan terus berlalu ke meja makan setelah dipanggil oleh Syafiq.
Qila hilang kata-kata. Mungkin ini jodoh yang terbaik. Namun untuk melenturkan keegoan aku teramat sukar. CEO vs pengawal peribadi, sekufukah seperti yang diperkatakan oleh Fauzan tadi. Sekufu tang bab mana pula, getus hati Qila. Baru Qila tersedar daripada lamunan yang Fauzan sekarang sedangkan menikmati makanan versinya. Alamak mampus. Sekiranya terjadi apa-apa kepada Fauzan, apa yang perlu dia lakukan. Mesti Along akan mengamuk sakan lagi.
Bergegas Syamira Aqila menuju ke ruangan makan, namun tidak sempat dia menahan. Makanan versi Fauzan telah selamat licin dimakannya. Alamak hai, masak dibuatnya.
“Pihak kami tidak mahu melengahkan masa. Majlis akad nikah kita adakan 2 minggu lagi. Lagipun awal bulan depan Syafiq sudah hendak belayar semula” Ringkas Encik Farid. Syafiq mengangguk setuju. Aduhai cepatnya untuk menjadi isteri kepada Fauzan Raykal.
“Pihak kami bersetuju dengan lamaran ini. Bagaimana pula wang hantaran dan mas kahwin?” Syafiq ingin mendapatkan kepastian.
“Saya tidak berikan wang hantaran. Saya serahkan sahaja mas kahwin sebanyak RM50,000 untuk Aqila” Qila terkejut. Banyaknya duit pengawal peribadinya sampai sanggup memberikan mas kahwin sebanyak itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment