Sunday, September 29, 2013

Teaser 1 Penjara kasihku

      "Abang, maafkan Az kalau pertanyaan ini boleh bangkitkan kemarahan abang Am?" Azin takut-takut untuk memulakan bicara. Mungkin emosi Amir Mazlan agak baik malam ini maka Azin beranikan diri untuk bertanya. Maklumlah Amir sedang bergembira kerana berjaya menang tender bagi menyediakan penginapan untuk pelancong asing sempena Tahun Malaysia 2014. Amir merenung tajam wajah Azin seperti biasa. Sememangnya dia tidak suka memaniskan muka di hadapan isterinya itu.

       "Em...kamu nak tanya apa? Kalau aku rasa aku perlu jawap aku jawap." Huh...masih mempamerkan muka persis singa laparnya.

        "Arghh...kenapa abang Am terlalu kongkong kehidupan Az. Kekadang Az ingin juga sedikit pelepasan daripada abang seperti orang lain" Azin teragak-agak untuk bertanya.

         "Aku beri jawapan ini sekali sahaja. Tolong jangan tanya aku lagi. Aku kongkong kau sebab pertama, kau isteri aku. Kedua, kau tanggungjawab aku dunia dan akhirat. Ketiga, kau terlalu muda dan mudah terpengaruh dengan dunia luar. Aku hendak didik kau dengan cara aku tanpa gangguan orang luar dan dunia luar." Azin cuma memasang telinga dan dia tidak berani untuk mengampuk. Marah Amir Mazlan bukan boleh dijangka.

         Amir menarik Azin duduk di atas ribanya. Jari jemari Azin diramas lembut, dikucupnya berkali-kali. Rambut ikal mayang dan paras pinggang itu dibelai dan diselak sehingga menampakkan tengkuk Azin, lalu dicium lembut. Haruman yang melekat pada tubuh dan rambut Azin amat mengasyikkan Amir.

         "Abang, tidak pandai meluahkan kata-kata sayang, romantik dan tidak pandai mengambil hati seorang perempuan. Mungkin cara abang terlalu tegas tetapi percayalah abang amat menyayangi rusuk kiri abang ini. Azin terlalu cantik untuk tatapan umum. Abang risau abang terlalu cemburu dan Az juga tahu baran abang sukar dikawal. Abang tidak mahu lakukan sesuatu yang tidak baik atau mencederakan Az suatu hari kelak. Abang harap Az faham dan taat dengan abang. Tidak susahkan." Azin melayan perasaan apabila disentuh lembut begitu oleh suaminya. Azin sekadar mengangguk dan membalas dengan mengucup tangan kanan suaminya.

          Amir faham Azin memberontak kerana terlalu dikongkong dengannya. Setiap gerak geri Azin sentiasa diperhatikan tidak kira di mana dia berada. CCTV tersembunyi dipasang tanpa pengetahuan Azin. Malah talian internet di dalam rumahnya terus dikemaskini melalui gadjet pintarnya. Setiap laman sesawang yang dilayari oleh Azin diketahuinya. Dia juga tahu Azin ingkar arahannya untuk tidak berfb, berskype dan sebagainya.

          Selagi Azin tahu menjaga aibnya sebagai suami, Amir membiarkan. Sengaja dia memberi ruang sedikit kepada Azin untuk bernafas tanpa pengetahuan Azin.

          "Kalau sekiranya Azin mampu meyakinkan abang suatu hari nanti mungkin separuh kebebasan abang akan hadiahkan pada Azin. Cuma bukan sekarang." Azin cuma berdoa. Suatu hari nanti Amir akan berlembut dan bermurah hati dengannya.

           "Azin minta maaf ye dekat abang jika Az ada lakukan kesalahan pada abang" Terus tubuh Azin dipusingkan menghadap wajah Amir. Azin tertunduk.

           "Sebelum kemaafan diberi perlu ada pengakuan ikhlas daripada mulut kamu. Jika tidak, kamu tidak akan dapat kemaafan aku sebab kemaafan aku, kamupun tahukan mahal harganya."Azin mengucup tangan kanan suaminya lagi. Terasa titik air mata jatuh ke tangan lelaki itu.

            Amir memang tidak mudah memaafkan. Sekali kesalahan Azin mesti ada penalti yang memeritkan perlu di hadap oleh Azin.

            "Sudahlah. Jangan musnahkan mood aku malam ini. Kau pergi siapkan diri cantik-cantik malam ini. Aku hendakkan kau, sudah lama aku tidak sentuh kau. Asyik sibuk memanjang jer." Azin bingkas bangun dan memaut kaki kanan Amir.

            "Abang maafkan saya. Saya lupa bagitahu abang yang saya ABC sejak tiga hari lepas" Buntang mata Amir memandang tepat kepada Azin seperti ingin menelan isterinya itu

            "Apa kau ni. Perkara sekecil inipun kau susah nak jaga ke? Kau ingin hal ini perkara main-main ke? Inilah susahnya kahwin dengan budak sekolah. Sudahlah aku pergi solat sunat dan mengaji lagi bagus. Tenang sikit fikiran dan hati aku ni."

            Amir menepis kasar Azin ke tepi dan pantas melangkah ke biliknya. Azin masih teresak-esak di atas lantai. Hai macam mana dia boleh lupa memberitahu suaminya walaupun sudah diingatkan berkali-kali oleh Amir perlu memaklumkan suaminya jika dia datang haid. Aduh entah berapa harilah Amir Mazlan akan mogok dengannya. Maka makan makianlah nampaknya sehingga dia bersih nanti. Nasib badan.

No comments:

Post a Comment